Desa KEDA Sungai Salleh

Desa KEDA Sungai Salleh sunting

Latar Belakang sunting

 
Dewan Aktiviti Masyarakat KEDA Sungai Salleh

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Sungai Salleh merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1991. Penempatan ini mula diduduki pada tahun 1993 dengan bilangan rumah sebanyak 173 buah rumah dan memberi manfaat kepada 877 orang penduduk di Daerah Bandar Baharu.

Sejarah Kampung sunting

Desa KEDA Sungai Salleh diambil sempena nama kampung Sungai Salleh yang berdekatan.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Sungai Salleh
Mukim Serdang
DUN Bandar Baharu
Parlimen Kulim/ Bandar Baharu
Daerah Serdang
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

Desa KEDA Sungai Salleh terletak di kawasan tanah landai dan sedikit berbukit yang dikelilingi dengan tanaman kelapa sawit. Keluasan kawasan ini ialah 14.1ha meliputi kawasan perumahan, pertanian dan bangunan perniagaan.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Sungai Salleh. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sungai Salleh sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sungai Salleh bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Roslan bin Mat Hussain
Timbalan Pengerusi Mohd Noor bin Wan
Setiausaha Rosnani binti Abu Bakar
Bendahari Mohd Zain bin Ismail
Biro Agama Bahari bin Ramly
Biro Keselamatan Hassan bin Gani
Biro Pembangunan Shafiee bin Mat Ali
Biro Ekonomi Jaafar bin Ahmad
Biro Pendidikan Halilah binti Baharom
Biro Sosial & Kebudayaan Hamidah binti Johari
Biro Belia, Sukan & Rekreasi Mohd Rusli bin Hj Shaari
Biro Kebajikan Umi Kalsom binti Awang
Biro Hal Ehwal Wanita Nurasma binti A. Halim
Biro Kesihatan Hidayah binti Latif
Biro Kebersihan & Keceriaan Zaini bin Haji Ahmad

Maklumat Penduduk sunting

Maklumat penduduk Desa KEDA Sungai Salleh adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 877
Jumlah Keluarga 173
Bilangan Penduduk Lelaki 411
Bilangan Penduduk Perempuan 466

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Sungai Salleh adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (Orang)
Ijazah 24
Diploma/ Setaraf 16
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 91
Jumlah 131

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Sungai Salleh dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 Tiada
RM531.00 - RM790.00 5
RM791.00 - RM1,319.00 25
>RM1,319.00 142

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhan, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Sungai Salleh ialah sebanyak 14.1ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 13.85ha dan tapak bangunan perniagaan seluas 0.25ha.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 192
Motosikal 394
Lori 2
Van 2

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 3 km, lampu jalan 50 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 173 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Sungai Salleh dilengkapi masjid 1 buah, pusat komputer 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, padang bola 1 buah dan gelanggang permainan 1 buah.

Di Desa KEDA Sungai Salleh juga terdapat 7 industri kecil sederhana yang telah diusahakan.

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Sungai Salleh adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
OKU 6(L) 6(P)
Bapa Tunggal Tiada
Ibu Tunggal 15
Anak Yatim Tiada