Dalam sukan besbol, designated hitter (bahasa Melayu: pemukul khas, dipendekkan sebagai DH) merupakan pemain yang mengambil tugas memukul di giliran pitcher dalam pentas American League di Major League Baseball. Sementara itu, posisi ini di National League pula akan dilakukan oleh pitcher sendiri.[1] Designated hitter merupakan salah satu pemukul terhebat dalam pasukan tetapi tidak seberapa hebat dalam permainan bertahan atau defensif.

David Ortiz ("Big Papi") diingati sebagai pemain designated hitter terkenal bersama Boston Red Sox.

Alasan mengapa designated hitter jarang dimainkan oleh pitcher kerana ramai pitcher tidak memiliki kemahiran memukul yang baik. Pitcher yang terpilih ialah pemain yang memiliki lemparan yang baik dan bukannya kerana mereka mempunyai kehebatan memukul.

Catatan sunting

  1. ^ Ringolsby, Tracy (January 20, 2016). "Tide is turning toward a universal DH". Major League Baseball. Dicapai pada April 22, 2018.