Diego Sebastián Laxalt Suárez (Sebutan Sepanyol: [lakˈsalt]; lahir 7 Februari 1993) merupakan pemain bola sepak Uruguay yang beraksi di posisi bek kiri dan sayap untuk kelab Serie A Itali, AC Milan dan pasukan kebangsaan Uruguay.

Diego Laxalt
Maklumat peribadi
Nama penuh Diego Sebastián Laxalt Suárez[1]
Tarikh lahir (1993-02-07) 7 Februari 1993 (umur 31)
Tempat lahir Montevideo, Uruguay
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Bek kiri / Sayap kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 93
Kerjaya remaja
Defensor Sporting
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 Defensor Sporting 15 (1)
2013–2016 Internazionale 0 (0)
2013–2014Bologna (pinjam) 15 (2)
2014–2015Empoli (pinjam) 4 (0)
2015–2016Genoa (pinjam) 43 (3)
2016–2018 Genoa 68 (4)
2018– Milan 20 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 Uruguay B20 16 (1)
2016– Uruguay 19 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:12, 11 Mei 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 Jun 2019

Kerjaya kelab sunting

Defensor Sporting sunting

Dilahirkan di Montevideo, Laxalt melakukan penampilan sulungnya pada 1 September 2012 untuk kelab Defensor Sporting ketika menentang Montevideo Wanderers. Pada 24 Februari 2013, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan Bawah-20 pada 2013, beliau kembali beraksi untuk kelabnya dalam perlawanan menentang Nacional. Jaringan gol Laxalt membolehkan Defensor meraih kemenangan 1-0. Beliau menamatkan musim pertamanya dengan 15 kemunculan dan satu jaringan gol.

Inter Milan sunting

Inter Milan cuba membawa masuk Laxalt pada Januari 2013 dan rundingan tersebut akhirnya berjaya meletak tanda noktah pada Julai 2013.[3] Namun jurulatih baru Inter, Walter Mazzarri tidak memasukkan Laxalt ke dalam skuad pra-musim. Beliau menghabiskan sisa musim tersebut dengan menjadi pemain pinjaman di kelab Bologna.[4]

Setelah tamat tempoh pinjaman tersebut, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad pra-musim oleh Walter Mazzarri. Pada 13 Ogos 2014, Empoli mengumumkan bahawa pihak kelab telah berjaya membawa masuk Laxalt secara pinjaman dari Inter.[5]

Genoa sunting

Pada 30 Januari 2015, Genoa membawa masuk Laxalt secara pinjaman selama 18 bulan bersama klausa pembelian tetap.[6] Beliau menjaringkan dua gol untuk Genoa pada 28 Oktober 2015 ketika menentang Torino yang berkesudahan perlawanan terikat seri 3–3.

Pada 30 Julai 2016, Laxalt menyertai Genoa secara tetapi dengan Cristian Ansaldi sebagai pertukaran ke Inter.[7]

Milan sunting

Pada 16 Ogos 2018, Laxalt berpindah ke kelab Serie A, AC Milan dengan perpindahan yang dilaporkan sebanyak €14 juta bersama bonus sebanyak €4 juta.[8] Beliau telah melakukan penampilan sulung untuk Milan pada 25 Ogos 2018 setelah menggantikan Fabio Borini ketika menentang Napoli.[9]

Kerjaya antarabangsa sunting

Laxalt telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Uruguay untuk menggantikan Cristian Rodríguez bagi menghadapi kejohanan Copa America Centenario.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Uruguay ketika menentang Republik Ireland pada 4 Jun 2017.[11] Beliau turut telah dipanggil untuk menyertai skuad Uruguay bagi menghadapi kejohanan Piala China pada Mac 2018.[12]

Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Uruguay bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.[13]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 11 Mei 2019.[14][15]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Sporting 2012–13 15 1 0 0 0 0 15 1
  Bologna 2013–14 15 2 0 0 15 2
  Empoli 2014–15 4 0 3 1 7 1
  Genoa 2014-15 8 0 0 0 8 0
2015-16 35 3 1 0 36 3
2016-17 36 1 3 0 39 1
2017-18 32 3 2 1 34 4
Jumlah 111 7 6 1 117 8
  Milan 2018–19 20 0 4 0 5 0 29 0
Jumlah kerjaya 165 10 13 2 5 0 183 12

Antarabangsa sunting

Sehingga 20 Jun 2019.[16]
Pasukan kebangsaan Uruguay
Tahun Kmncln Gol
2016 2 0
2017 1 0
2018 12 0
2019 4 0
Jumlah 19 0

Catatan sunting

  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia: List of players: Uruguay" (PDF). FIFA. 10 June 2018. m/s. 32. Dicapai pada 30 March 2019.
  2. ^ "2018 FIFA World Cup: List of players" (PDF). FIFA. 18 June 2018. m/s. 32.
  3. ^ "Inter Milan: Laxalt will finally join. Juventus: Matri toward Napoli". Calcio Mercato. 22 July 2013. Dicapai pada 12 August 2019.
  4. ^ "Diego Laxalt joins Bologna". inter.it. 22 August 2013. Dicapai pada 12 August 2019.
  5. ^ "Official: Diego Laxalt Sent On Loan to Empoli from Inter". Italian Football Daily. 14 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 27 September 2015.
  6. ^ "Genoa confirm Laxalt loan". Football Italia. London: Tiro Media. 30 January 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
  7. ^ "Ansaldi joins Inter as Laxalt moves to Genoa" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. Dicapai pada 30 July 2016.
  8. ^ "Milan reach agreement with Genoa for Diego Laxalt". Calcio Mercato. 15 August 2018. Dicapai pada 14 January 2019.
  9. ^ "Napoli vs. Milan – 25 August 2018 – Soccerway". int.soccerway.com. Dicapai pada 22 February 2019.
  10. ^ "Laxalt for Rodriguez in Uruguay's Copa squad". goal.com. 30 May 2016. Dicapai pada 11 July 2016.
  11. ^ https://www.fai.ie/ireland/match/19/2017/999943125
  12. ^ http://www.getfootballnewsitaly.com/2018/torreira-earns-first-uruguayan-call-up/
  13. ^ http://www.goal.com/en-gb/amp/news/revealed-every-world-cup-2018-squad-23-man-preliminary-lists/oa0atsduflsv1nsf6oqk576rb
  14. ^ "Diego Laxalt » Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 18 February 2018.
  15. ^ "D. Laxalt". Soccerway. Dicapai pada 18 February 2018.
  16. ^ (Inggeris) Profil Diego Laxalt di National-Football-Teams.com