Dino Morea (Hindi: दीनो मोरिया; lahir pada 9 Disember 1975 di Bangalore, India) ialah seorang model dan pelakon India.

Dino Morea
Kelahiran (1975-12-09) 9 Disember 1975 (umur 45)
PekerjaanPelakon, Model
Laman sesawanghttp://www.dinomorea.net

BiografiSunting

Morea dilahirkan sebagai seorang anak kepada bapa berbangsa Itali dan ibu berbangsa India. Dia adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Dia bersekolah dan berkelulusan dari St. Josephs College di Bangalore. Dia pertama kali dikenali ketika dia menjadi model untuk sebuah syarikat fesyen, dan tidak lama kemudian menerima tawaran pertama filem. Debutnya Pyaar Mein Kabhi Kabhi adalah kegagalan, tetapi dia menerima watak cemerlang dalam filem arahan Rajiv Menon, Kandukondain Kandukondain dan filem seram Raaz. Dia pernah bercinta dengan aktres Bipasha Basu.