Disney XD ialah suatu is a saluran istimewa Kategori B bahasa Inggeris Kanada. Ia sepenuhnya dimiliki oleh Astral Media. Saluran ini dilancarkan pada 1 Jun 2011[1] dalam kedua-dua definisi biasa dan tinggi, serta suatu platform video on demand.[2]

SloganWhere to Watch (Di Mana untuk Menonton)
Yes! (Ya!)

Seperti Disney XD Amerika dan tempat lain, Disney XD mengandungi rancangan aksi langsung dan animasi untuk kanak-kanak berumur 6-14, khususnya lelaki. Tidak seperti saluran saudara, Family dan saluran multiplexnya, Disney Junior, Disney XD ialah saluran bersokongan iklan.[1]

Sejarah sunting

Pada April 2009, Astral Media, melalui anak syarikat The Family Channel Inc., diberi kelulusan oleh Canadian Radio-television and Telecommunications Commission / Suruhanjaya Radio-Televisyen dan Perhubungan Kanada (CRTC) untuk melancarkan suatu saluran televisyen dipanggil Family Extreme, diterangkan sebagai "suatu perkhidmatan rancangan istimewa Kategori 2 kebangsaan, bahasa Inggeris dikhaskan untuk hiburan, jenaka, perjalanan, permainan, sains dan teknologi. Rancangan ini akan ada dari seluruh dunia dan menyasarkan kanak-kanak berumur 6 hingga 17 tahun dan keluarga mereka."[3] Pada 11 Mac 2011, Astral mengumumkan Disney XD akan dilancarkan pada 1 Jun 2011, menggunakan lesen Family Extreme.[1] Pada hujung 2011, Astral membuat perjanjian dengan Xbox Live, membuat beberapa rancangan Disney XD tersedia sebagai suatu perkhidmatan On-Demand di Xbox 360.[4][5]

Rancangan sunting

Definisi tinggi (High definition) sunting

 
Logo Disney XD HD

Disney XD HD ialah suatu siaran serentak definisi tinggi rangkaian ini. Ia ditayang perdana pada tarikh sama dengan saluran definisi biasa di Rogers Cable, Bell TV dan Shaw Cable. Ia mempunyai resolusi 1080i.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "ASTRAL LAUNCHES DISNEY XD JUNE 1, 2011 - KIDS' SPECIALTY CHANNEL AND MULTI-PLATFORM BRAND TO DEBUT ACROSS CANADA". CNW. 2011-03-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 2012-03-24.
  2. ^ "Disney XD Where to Watch". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-21. Dicapai pada 2012-03-24.
  3. ^ Broadcasting Decision CRTC 2009-215 CRTC 2009-04-24
  4. ^ "Astral takes entertainment to the next level with Disney XD offering on Xbox LIVE". Canada Newswire. October 5, 2011. Dicapai pada December 25, 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ "Disney XD Canada on Xbox 360". Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada December 25, 2011.
  6. ^ DisneyXD.ca - Rancangan kegemaran anda di Disney XD Diarkibkan 2012-03-21 di Wayback Machine 2011-06-01

Pautan luar sunting

Templat:Astral Media Templat:Canadian family-oriented television channels