Dorsum dalam bidang anatomi ialah:

  • bahagian atas untuk haiwan yang biasa berlari, terbang, atau berenang dalam kedudukan mendatar; dan
  • bahagian belakang bagi haiwan (seperti manusia) yang berjalan tegak.

Untuk vertebrat, dorsum merangkumi tulang belakang. Bagi order lepidoptera (rama-rama dan kupu-kupu), "dorsum" juga merujuk kepada pinggir menjalar sayap (pinggir depan digelar kosta). Istilah dorsal merujuk kepada struktur anatomi yang terletak pada atau muncul daripada bahagian haiwan tersebut. Bagi manusia, bahagian kaki yang atas juga dianggap sebagai dorsal. Lawannya dorsum ialah "ventrum" dan "ventral".

Contoh-contoh istilah anatomi yang merangkumi "dorsal" termasuk, antara lain:

Neuroanatomi manusiaSunting

Dalam bidang neuroanatomi manusia, "dorsal" digelar "superior" dan "ventral" digelar "inferior" apabila sampai ke dahi.[1]

Anak akar saraf yang muncul dari saraf tunjang (sistem saraf pusat, CNS) membentuk akar saraf dorsal (saraf deria) dan ventral (saraf motor) sebelum disatukan untuk membentuk saraf spina (sistem saraf periferi, PNS).

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Young and Young: Basic Clinical Neuroanatomy