Allahyarham Eddie Ahmad (1948 - 1993) merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Eddie Ahmad
Latar belakang
Nama lahirEddie Ahmad
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an -1970an

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Eddie Ahmad sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Guys. Beliau merakamkan EP pertamanya dengan lagu Lagu-lagu "Aku Tetap Merindu", "Aku Kechewa" dan "Dara Ayu", keluaran EMI/Parlophone tahun 1966.

Selain "Aduh Sarodja" (1966), EP lain Eddie Ahmad - satu dengan The Antartics (1967), satu dengan The Guys (1969), dua album solo - "Madah Perpisahan" & "Kasih Yang Tak Berakhir" (1971) dan satu dengan adiknya Hamidah iaitu "Mawarku" (1973), "Dara Puspita" (1967), "Gadis Melati" (1967), "Untuk Temanku" (1968), "Nadirah" (1968) dn "Potret Kasihku" (1970).

Kali terakhir Eddie Ahmad muncul di kaca TV Singapura ialah pada tahun 1991 ketika beliau diundang oleh rancangan "Hiburan Minggu Ini" untuk mendendangkan semula lagu "Aduh Sarodja" dalam rentak R&B.

Eddie Ahmad meninggal dunia di Copenhagen, Denmark pada 1993 pada usia 45 tahun.

Album sunting

  • EP pertama oleh Eddie Ahmad yang ada lagu "Aduh Sarodja", keluaran EMI/Parlophone tahun 1966. Lagu ini dirakamkan dengan iringan kugiran The Quests dari Singapura.
  • Mawarku (2002)
  • Aduh Saroja Keluaran semula 2007

Lagu-lagu sunting

  1. Aduh Sarodja (Pada rakaman asal lagu itu oleh Sam Saimun (awal 50-an) nama yang tercatat sebagai pencipta dan penulis liriknya ialah H. Ukasah-Mathovani.)
  2. Aku Kecewa
  3. Aku Tetap Merindu
  4. Anak Zaman Ini
  5. Berdendang Sayang
  6. Bisikan Jiwa
  7. Ciptaan Ku
  8. Gadis Pujaanku
  9. Hampa Sudah Harapan
  10. Hanya Mimpi
  11. Hasratku Di Dadamu
  12. Hilang Bulan Tahun Berganti
  13. Ikut Kata Ibumu
  14. Kan Ku Pulang Nanti
  15. Kenangan Manis
  16. Khayalan
  17. Ku Ingin Tahu Nona Manis
  18. Lagu Gembira
  19. Madah Perpisahan
  20. Mawarku
  21. Nadirah
  22. Pulang Dari Rantau
  23. Seruling Hati
  24. Untuk Temanku

Pautan luar sunting