Eddy Helmi Abdul Manan

Eddy Helmi Abdul Manan (lahir pada 8 Disember, 1979 di Pontian, Johor) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Johor FC.

Eddy Helmi
Maklumat peribadi
Nama penuh Eddy Helmi Abdul Manan
Ketinggian 1.65 m (5 ka 5 in)
Posisi permainan Penyerang, Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor FC
Nombor 9
Kerjaya remaja
1999-2000 Johor FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001- Johor FC 00 (35)
Pasukan kebangsaan
2002- Malaysia 30 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 Januari, 2009
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Oktober, 2007

Eddy Helmi merupakan salah seorang pemain yang paling lama bermain untuk Johor FC. Dia telah mewakili pasukan tersebut sejak dari tahun 2001. Pada 2002, Eddy Helmi terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia. Dia pernah digugurkan atas kesalahan disiplin.

Dia kembali pada tahun 2007 dan bermain di Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Pada Piala Asia 2007, Eddy Helmi hanya bermain dalam satu perlawanan iaitu ketika menentang China.

Pautan luar sunting