Ekspedisi ke Lapland

Ekspedisi ke Lapland adalah perjalanan atau ekspidisi Carl Linnaeus ke Lapland di bahagian paling utara Sweden pada tahun 1732, di mana ia merupakan suatu bahagian penting dalam kerjaya saintifiknya.

Linnaeus dalam pakaian tradisional orang Sami Lapland,[nota 1] memegang bunga Linnaea yang menjadi lambang peribadinya.

Linnaeus berlepas dari Uppsala dan mengembara mengikut arah jam di sekitar Teluk Bothnia selama enam bulan. Pemerhatian beliau menjadi asas kepada buku Flora Lapponica (1737), di mana buah fikiran Linnaeus mengenai tatanama dan pengelasan digunakan buat pertama kalinya secara amali.[1] Linnaeus menyimpan sebuah jurnal ekspedisinya dan ia pertama kali diterbitkan selepas kematiannya dalam terjemahan bahasa Inggeris yang dipanggil sebagai Lachesis Lapponica: A Tour in Lapland (Lachesis Lapponica: Perjalanan di Lapland).

Catatan sunting

  1. ^ Untuk pandangan penuh pakaian dan gendang tersebut, lihat Fail:Carl Linnaeus dressed as a Laplander.jpg
    Mengenai gendang orang Sami dan agama mereka, Blunt (2001; halaman 45 dan 54) menceritakan dua anekdot daripada ekspedisi Linnaeus di Lapland: Linnaeus menunjukkan lukisan hidupan liar yang sangat tepat kepada seorang Sami; lelaki itu "terkejut melihatnya, menanggalkan topinya, menunduk, dan kekal dengan kepala di bawah an tangannya di dada seperti seseorang yang memberi penghormatan, bergumam kepada dirinya sendiri dan menggeletar seolah-olah dia akan pengsan." Ini disebabkan oleh "fikirannya yang menganggap lukisan tersebut adalah ajaib, seperti gendang yang ada di negaranya sendiri, dan Linnaeus adalah seorang sahir." Pada masa yang lain, Linnaeus telah "diberitahu bahawa apabila seseorang [Sami] menmolak untuk menyerahkan objek-objek agamanya seperti gendang atau patung ajaib kepada mubaligh, kotnya akan ditanggalkan dan arteri utama di lengannya akan dipotong; dia kemudiannya akan dibiarkan berdarah sehingga dia berjanji untuk mematuhinya – satu tatacara, kata Linnaeus, yang 'seringkali berjaya'."

Rujukan sunting

  1. ^ Frodin, David 2002. Guide to Standard Floras of the World, 2nd ed.  Cambridge University Press: Cambridge. p. 27.