Fadzaruddin Shah Anuar

Usahawan Malaysia

Yang Hormat Dato' Fadzaruddin Shah Anuar (lahir 15 April 1988) merupakan seorang usahawan Malaysia dan suami kepada Vivy Yusof. Beliau merupakan pengasas bersama FashionValet, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[1] Sebelum menubuhkan FashionValet, Fadza memulakan kerjaya awalnya sebagai penasihat pengurusan di sebuah syarikat antarabangsa dan mula menjinakkan diri dengan platform e-dagang. Beliau pernah dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan di universiti.


Fadza Anuar

DIMP
Kelahiran
Fadzaruddin Shah bin Anuar

(1988-04-15) 15 April 1988 (umur 36)
PendidikanKejuruteraan Aeronautik
Pusat pendidikanKolej Imperial London
PekerjaanUsahawan, personaliti televisyen, pengasas bersama FashionValet
PasanganVivy Yusof (k. 2012)
Anak-anak4

Pada tahun 2012, Fadza dan isterinya, Vivy mendapat tempat pertama dalam Make The Pitch, sebuah rancangan televisyen realiti dimana mereka berdua memenangi pelaburan RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, untuk kepentingan 30% di dalam syarikat itu.[2] Beliau kemudiannya muncul dalam program realiti TV Astro Ria, Love, Vivy.[3]

Fadza berkahwin dengan rakan sekolejnya Vivy, pada Julai 2012. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata—Daniel Azim Shah (lahir 2013),[4] Mariam Iman Shah (lahir 2015),[5] Sarah Ilham Shah (lahir 2018), [6] Idris Ali Shah (lahir 2021). Beliau juga pernah diiktiraf sebagai salah seorang daripada Men of the Year oleh Augustman pada 2015.

Rujukan sunting

  1. ^ Calvin Chong (15 April 2015). "Fadza Anuar of FashionValet on being a man in the business of fashion". Asia Tatler. Dicapai pada 28 Mei 2015.
  2. ^ "FashionValet more than makes the grade on Make The Pitch". Digital News Asia. 2012-10-16. Dicapai pada 2017-01-11.
  3. ^ fashionvalet (2016-04-11). "Introducing Love, Vivy". Dicapai pada 2017-01-11.
  4. ^ "meet my son". 2013-07-12. Dicapai pada 2013-07-12.
  5. ^ "introducing baby mariam". 2015-03-01. Dicapai pada 2015-03-01.
  6. ^ Norhafizah Musa (11 Oktober 2018). "Mereka namakan anak ketiga Sarah Ilham Shah". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2018.

Pautan luar sunting