Fahad Mosa'ed Al-Muwallad (Arab: فهد المولد , lahir 14 September 1994) ialah pemain bola sepak profesional Arab Saudi yang kini bermain sebagai sayap serang bagi Al-Shabab.

Fahad Al-Muwallad
Fahad membersamai Arab Saudi dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Fahad Mosa'ed Al-Muwallad
Tarikh lahir (1994-09-14) 14 September 1994 (umur 29)[1]
Tempat lahir Jeddah, Arab Saudi
Ketinggian 171 cm (5 ka 7 in)[2]
Posisi permainan Sayap serang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Shabab
Nombor 8
Kerjaya remaja
2000–2011 Al-Ittihad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2022 Al-Ittihad 193 (58)
2018Levante UD (pinjaman) 2 (0)
2022– Al-Shabab 27 (2)
Pasukan kebangsaan
2011–2015 Arab Saudi B-20 6 (4)
2015 Arab Saudi B-23 3 (1)
2012– Arab Saudi 78 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dia memulakan kerjaya profesionalnya dengan Al-Ittihad ketika dia baru berusia 16 tahun. Pada tarikh 31 Julai 2011 dia berjaya menjaringkan gol kedua bagi Arab Saudi menentang Croatia dalam perlawanan Piala Dunia B-20 2011 di Colombia. Ketika itu usianya masih 16 tahun.[3][4] Pada 2012 ketika bermain bagi Al-Ittihad, dia memasuki perlawanan sebagai pemain gantian dalam 10 minit terakhir dan menjaringkan gol kemenangan menentang Guangzhou Evergrande FC bagi melayakkan diri bersama pasukannya mara ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara AFC. Bersama Arab Saudi, dia menjaringkan gol kemenangan menentang China dalam kelayakan Piala Asia. Selain itu dan penampilan perlawanannya yang paling mengagumkan ialah semasa menjaringkan gol yang menghantar Arab Saudi ke Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, serta menjadi salah seorang pemain Asia paling mahsyur pada dekad 2010an.

Rujukan sunting

  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 June 2018. Dicapai pada 10 June 2018.
  2. ^ "Fahad Al-Muwallad". Saudi Pro Leeague. Dicapai pada 7 December 2023.
  3. ^ Saudi Arabia shocks Croatia 2–0 Diarkibkan 1 November 2013 di Wayback Machine Terra.com
  4. ^ Saudi Arabia opens with win over Croatia Fox Sports, FIFA U-20 World Cup.