Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia.

Fakulti ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan kini mempunyai seramai 226 orang staf termasuk 170 orang staf akademik dan 56 orang staf bukan akademik.

Visi sunting

Komited untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan bertaraf dunia dan peneraju dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Misi sunting

  • Untuk menyediakan program bertaraf dunia dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik
  • Untuk membangunkan teknologi dan pakar teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik yang memiliki nilai-nilai dan moral yang tinggi.
  • Untuk menerajui pengetahuan teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Senarai jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik sunting

  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa (POWER)
  • Jabatan Kejuruteraan Penukaran Tenaga (ENCON)
  • Jabatan Perhubungan Optik Dan Telematik (TOP)
  • Jabatan Perhubungan Radio (RaCED)
  • Jabatan Kejuruteraan Mekatronik Robotik (MER)
  • Jabatan Kejuruteraan Kawalan & Instrumentasi (CiED)
  • Jabatan Kejuruteraan Komputer & Mikro Elektronik (MiCE)
  • Jabatan Kejuruteraan Elektronik (INSEED)

Kursus yang ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik sunting

Sarjana Muda

  • B. Eng (Elektrikal) - [SEE]
  • B. Eng (Kawalan & instrumentasi) - [SEI]
  • B. Eng (Mekatronik) - [SEM]
  • B. Eng (Elektronik) - [SEL]
  • B. Eng (Telekomunikasi) - [SET]

Pasca siswazah melalui Penyelidikan

  • Kejuruteraan Elektronik & Komputer
  • Kejuruteraan kawalan
  • Telekomunikasi
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa

Pasca siswazah melalui Kursus

  • M.Eng (Elektrikal – Elektronik & Telekomunikasi)
  • M.Eng (Elektrikal – Kuasa)
  • M.Eng (Elektrikal – Mekatronik & Kawalan Automatik)
  • M.Eng (Kejuruteraan Komunikasi) melalui kursus yang ditawarkan & penyelidikan

Pasca siswazah melalui melalui Kursus (luar kampus)

  • Kejuruteraan Kuasa
  • Kejuruteraan Elektronik & Telekomunikasi
  • Mekatronik & Kawalan Automatik
  • Mikroelektronik & Sistem Komputer

Pautan Luar sunting

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UTM Diarkibkan 2011-08-10 di Wayback Machine Universiti Teknologi Malaysia

Laman Jabatan