Sarah Marah

(Dilencongkan dari Filem Sarah Marah)

Filem Sarah Marah merupakan sebuah filem pendek yang diterbitkan di Malaysia pada 2008. Filem Sarah Marah diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Sarah Marah
PengarahRozinor Razali
PenulisRozinor Razali
Dihasilkan olehLizamurni Lokman
DibintangiEva Emmanyna, Isma Hanum, Ashidi Adiputra, Yuzray Eusoph
SinematografiZulkefli Zain - Acai
Disunting olehRozinor Razali
Muzik olehAmin Kumprinx, Ismail Othman
Tarikh tayangan
2008
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu dengan Sarikata Bahasa Inggeris

Filem Sarah Marah mula diedarkan pada 2009 dalam bentuk DVD ke seluruh negara dan semua salinan awal telah habis dijual.

Pengarah / Penulis sunting

Rozinor Razali @ FILMUDA

Pada tahun 2008, Rozinor Razali telah diberikan dana tajaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama FINAS untuk belajar bidang pembikinan filem di New York Film Academy. Beliau telah berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang Rekabentuk Grafik dan Multimedia dan juga berkelulusan Sarjana dalam pengkhususan Digital Media. Memperolehi anugerah pelajar terbaik, Rozinor Razali kembali ke Malaysia dan terus menerbit, menulis dan mengarah filem pendek pertama beliau, “Sarah Marah” dan telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Pop Montreal dalam tahun yang sama.

Bukan hanya mengarah filem-filem pendek, Rozinor Razali juga turut terlibat dalam kerja-kerja pengarahan untuk telefilem, drama dan program realiti untuk siaran televisyen tempatan. Beliau juga merupakan seorang panel tenaga pakar Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang terlibat dalam pembangunan standard NOSS bagi bidang pengarahan dan penerbitan.

Pada masa ini, Rozinor Razali bergiat cergas dalam memberi syarahan dan mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dan pengarahan. Selain daripada itu, beliau sedang sibuk menerbit, menulis dan mengarah sebuah dokumentari ilmiah yang menuntut beliau untuk bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan. Beliau juga akan menerbitkan dua buah buku dalam bidang tajuk penulisan skrip di dalam Bahasa Melayu dan akan mengarah skrip beliau sendiri bertajuk “Jejak Megat”.

Sinopsis sunting

SARAH seorang suri dengan pendidikan mengorbankan masa depan beliau dalam dunia eksekutif demi AMIN, suami yang kebelakangan ini mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain yang mampu membantu beliau menutup hutangnya.

Pelakon sunting

Eva Emmanyna, Isma Hanum, Ashidi Adiputra, Yuzray Eusoph

Lagu sunting

Sarah Marah, Dunia Sarah, Aku Megat, Cinta Pertama - Fury

Pencapaian sunting

Cerita Asal Terbaik - Film Pop Festival 2008. Sinematography Terbaik - Film Pop Festival 2008.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

[1]