Fine Brothers Entertainment

Fine Brothers Entertainment (juga dikenali sebagai FBE) ialah sebuah syarikat media Amerika, yang diasaskan oleh saudara Benny Fine (lahir 19 Mac 1981) dan Rafi Fine (lahir 9 Jun 1983), pencipta dan pengusaha media. FBE menghasilkan siri video React, beberapa siri timed-spoiler, siri web naratif, dan membuat sitkom "transmedia" di YouTube, MyMusic. FBE telah membuat kandungan sejak 2004, dan mempunyai banyak saluran digital besar di YouTube (REACT (Now Replay), FBE (Now REACT), FBE2 (Now FBE), Try Not To, Facebook (FBE, FBE Shows, Do They Know It, What Would My Kid Do, dan Reverse Ratings), Snapchat (Try Not To and React dan IGTV Instagram, telah menjual banyak rancangan televisyen (React to That, Celebs React, Six Degrees of Everything, Emo Dad, dan Sing It!), dan melancarkan filem pertama mereka pada 2017 (F the Prom).

Fine Brothers Entertainment
Rafi (kanan) dan Benny Fine (kiri) di VidCon 2014
Maklumat peribadi
KelahiranBenny Fine
(1981-03-19) 19 Mac 1981 (umur 43)
Rafi Fine
(1983-06-09) 9 Jun 1983 (umur 40)
Laman webwww.fbeteam.com
Maklumat YouTube
Tahun aktif2007–kini
GenreHiburan
Pelanggan44 juta (seluruh platform)
Jumlah tontonan(12.5 bilion)
100,000 pelanggan 2010
1,000,000 pelanggan 2012
10,000,000 pelanggan 2014, 2019

FBE mempunyai lebih daripada 8 bilion tontonan dan lebih dari 32 juta pelanggan. Mereka ialah salah satu daripada beberapa syarikat yang mempunyai dua saluran YouTube dengan lebih daripada 10 juta pelanggan. Berikutan kontroversi mengenai percubaan untuk melesenkan dan jenama dagang istilah "React", serta nama-nama siri mereka, saluran Fine Brothers kehilangan ratusan ribu pelanggan pada awal 2016.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Renfro, Kim. "A popular YouTube channel is losing followers by the second after going to war with Redditors". Business Insider. Dicapai pada February 1, 2016.

Pautan luar sunting