Fir Rahman (lahir 1981) merupakan seorang pelakon Singapura yang mencipta nama melalui filem Apprentice.

Fir Rahman
Kelahiran
Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman

1981 (umur 42–43)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Terkenal keranafilem Apprentice
PasanganNurul Jannah Muhammed Ismaeil
Anak-anak4
Ibu bapaAbdul Rahman Awang

Beliau mula berkarya pada 2002 apabila menang satu pertandingan, semasa Suria sedang mencungkil bakat baru. Bagaimanapun, perjalanan seni beliau bertukar arah apabila beliau yang berusia 21 tahun ketika itu menjalani Khidmat Negara dua bulan kemudian.[1]

Selepas tamat menjalani Khidmat Negara, Fir mengorak langkah untuk berjinak-jinak semula dalam bidang lakonan tetapi hanya ditawarkan watak-watak kecil oleh stesen-stesen televisyen. Dia kemudian berkecimpung dalam teater, untuk memperbaiki lakonannya.

Beliau kemudian bekerja seorang pramugara Jetstar. Bagaimanapun, selepas abangnya meninggal dunia akibat serangan jantung, dia berhenti bekerja untuk menjaga ibu bapa. Ia juga merupakan titik perubahan yang merubah kerjaya lakonan beliau. Beliau kembali berlakon secara bebas dan sejak itulah beliau diberikan watak-watak yang lebih "berisi".

Pencapaian sunting

  • Anugerah Filem Asia di Hongkong dalam kategori Pendatang Baru Terbaik.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting