Flights in Dreams and Reality

Flights in Dreams and Reality (Rusia: Полёты во сне и наяву, rumi: Polyoty vo sne i nayavu) ialah sebuah filem drama Soviet yang dikeluarkan pada tahun 1983. Filem ini diarahkan oleh Roman Balayan, skrip ditulis oleh Viktor Merezhko yang berkisarkan mengenai krisis pertengahan hidup. Lokasi penggambaran filem ini dilakukan di sekitar kawasan Vladimir, Rusia.

Flights in Dreams and in Reality
PengarahRoman Balayan
PenulisViktor Merezhko
DibintangiOleg Yankovsky
Lyudmila Gurchenko
Oleg Tabakov
Aleksandr Adabashyan
Oleg Menshikov
SinematografiVilen Kalyuta
Disunting olehYelena Lukashenko
Muzik olehVadim Khrapachov
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1983
Masa tayangan
92 minit
NegaraKesatuan Soviet
BahasaRusia

Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon popular Rusia/Kesatuan Soviet pada ketika itu, dengan Oleg Yankovsky merupakan pelakon utama serta barisan pelakon sampingan lain seperti Lyudmila Gurchenko, Oleg Tabakov, Aleksandr Adabashyan dan Oleg Menshikov.


Plot sunting

Di malam hari ulangtahun kelahirannya yang ke-40, Sergey Makarov (Oleg Yankovsky), seorang pekerja seni bina, cuba bermuhasabah terhadap dirinya sendiri. Di keesokkan harinya, dia cuba menulis surat untuk ibunya, namun tidak disiapkan. Dia kemudian bertengkar dengan isterinya, Natasha (Lyudmila Zorina) kerana mengejutkan anak perempuannya lebih awal. Di tempat kerja, Sergey meminta cuti dari penyelianya, Nikolai Pavlovich (Oleg Tabakov) kononnya untuk menjemput ibunya yang sedang menunggu di stesen.

Namun begitu, Sergey menggunakan cutinya itu untuk berjumpa dengan kekasih gelapnya, Alisa Suvorov (Elena Kostina). Natasha yang berada berhampiran mereka, masuk ke dalam kereta dan pergaduhan tercetus antara mereka bertiga. Selepas insiden itu, Sergey kembali bekerja dan mengakui bahawa dia belum berjumpa dengan ibunya. Merasa tertipu dengan alasan Sergey, Nikolai meminta dia menulis surat perletakan jawatan dan dia kemudian meninggalkan pejabatnya itu. Sergey kemudian cuba berdamai dengan Alisa dan membawa Alisa ke sebuah pesta yang biasa mereka pergi.

Selepas pesta itu tamat, Sergey hanya berjalan tanpa tujuan di kawasan bandar di tengah malam. Secara kebetulan, dia mendapati dirinya melalui kawasan set penggambaran filem yang sedang dilakukan dan kemudian dihalau oleh pengarah di situ. Tidak lama kemudian, dia berada di pinggir bandar dan segera melompat ke arah kereta api yang membawa barang. Dia memberitahu pemandu kereta api terbabit bahawa dia perlu segera pulang berjumpa ibunya. Semasa cuba menghalang cubaan rompakan dalam kereta api itu, dia telah dipukul sehingga pengsan oleh orang yang tidak diketahui.

Keesokkan paginya, seorang pekerja perempuan syarikat kereta api menjumpai Sergey berdekatan dengan trek kereta api, dan membawanya pulang ke bandar menaiki kenderaan bermotor. Selepas itu, Sergey menyambung kembali tabiatnya berjalan tanpa tujuan; kali ini dia berjumpa dengan rakannya (juga bekas kekasihnya), Larisa Kuzmina (Lyudmila Gurchenko), kemudian memenuhi undangan perkahwinan rakan lamanya dan berjumpa dengan anak perempuannya di taman permainan. Sergey juga merancang untuk bercakap dengan Alisa, namun mendapati Alisa menghabiskan masa dengan kawan barunya.

Harinya itu berakhir dengan perdamaian bersama bekas penyelianya, Nikolai dan minum sebotol vodka bersama. Nikolai kemudian mengakui bahawa dia pernah jatuh cinta tidak terbalas dengan Larisa semasa di umur muda, dan pernah mencemburui Sergey.


Pelakon sunting

  • Oleg Yankovsky sebagai Sergei Makarov
  • Lyudmila Gurchenko sebagai Larisa Kuzmina, rakan sekerja dan bekas kekasih Sergey
  • Oleg Tabakov sebagai Nikolai Pavlovich, penyelia Sergey
  • Lyudmila Ivanova sebagai Nina, rakan sekerja Sergey
  • Lyudmila Zorina sebagai Natasha, isteri Sergey
  • Elena Kostina sebagai Alisa Suvorov, kekasih gelap Sergey (disuarakan oleh Yelena Koreneva)
  • Oleg Menshikov sebagai Sergei Sinitsyn, rakan Alisa
  • Lybov Rudneva sebagai Svetlana, rakan sekerja Sergey
  • Aleksandr Adabashyan sebagai pengukir seni bina (disuarakan oleh Yuri Bogatyryov)
  • Nikita Mikhalkov sebagai pengarah
  • Elena Mikhailova sebagai pekerja syarikat kereta api (E. Cherniak, tidak dikreditkan)
  • Alena Odinokova sebagai Masha, anak perempuan Sergey
  • Valery Panarin sebagai rakan Sergey


Produksi sunting

Pelakon/pengarah terkenal era Soviet, Nikita Mikhalkov membuat kemunculan kecil di dalam filem ini, memegang watak sebagai pengarah filem. Watak Sergey Makarov pada asalnya telah dirancang untuk beliau. Namun, pengarah Roman Balayan menonton filem television yang berjudul We, the Undersigned yang dibintangi Oleg Yankovsky semasa beliau melakukan penulisan skrip dan memutuskan bahawa Oleg merupakan pelakon yang sesuai untuk watak tersebut[1].


Rujukan sunting

  1. ^ "Полеты во сне и наяву". VokrugTV.