Floyd Mayweather Jr.
Floyd Joy Mayweather Jr. (lahir Floyd Joy Sinclair; 24 Februari 1977) adalah seorang petinju profesional bersara serta penganjur sukan tinju dari Amerika Syarikat. Beliau bertanding dari 1996 hingga 2017, memegang 15 kejuaraan dunia dalam lima kelas berat serta kejuaraan lineal dalam empat kelas berat (dua kali dalam kelas welter), dan bersara dengan rekod tak dikalahkan sebanyak 50-0, melebihi raihan Rocky Marciano sebanyak 49-0.[1] Ketika Mayweather merupakan seorang petinju amatur, beliau memenangi pingat gangsa dalam kelas feather pada Sukan Olimpik tahun 1996, tiga kejuaraan U.S Golden Gloves (dalam peringkat light fly, fly dan feather), dan kejuaraan kebangsaan Amerika Syarikat dalam peringkat feather.
Floyd Mayweather Jr. | |
---|---|
Statistik | |
Nama sebenar | Floyd Joy Mayweather Jr. |
Nama samaran |
|
Berat |
|
Tinggi | 5 ka 8 in (173 cm) |
Capaian | 72 in (183 cm) |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Kelahiran | Grand Rapids, Michigan, U.S. | 24 Februari 1977
Gaya | Orthodox |
Rekod tinju | |
Jumlah lawan | 50 |
Menang | 50 |
Kemenangan mengikut KO | 27 |
Kalah | 0 |
Mayweather adalah dua kali pemenang anugerah Petinju Tahunan majalah The Ring (1998 dan 2007), tiga kali juara anugerah Petinju Tahunan Persatuan Penulis Tinju Amerika (2007, 2013, dan 2015), dan enam kali juara Anugerah Petinju Terbaik ESPY (2007-2010, 2012-2014).[2][3]Pada tahun 2016, Mayweather berada di kedudukan oleh ESPN sebagai petinju terhebat peringkat pound for pound dalam masa 25 tahun yang lalu.[4] Pada tahun yang sama, beliau memuncak sebagai petinju nombor satu BoxRec sepanjang masa dalam peringkat pound for pound serta kelas welter.[5][6] Banyak laman sesawang tinju dan berita sukan termasuk The Ring, Sport Illustrated, ESPN, BoxRec, Fox Sports, dan Yahoo! Sports meletakkan Mayweather sebagai petinju bertalu-talu terbaik di dunia dua kali dalam jangka masa sepuluh tahun.[7][8][9][10][11][12]
Beliau sering disebut sebagai petinju bertahan terbaik dalam sejarah, serta juga penumbuk paling tepat sejak terciptanya komputer CompuBox, yang mengira beliau mempunyai nisbah plus-minus tertinggi dalam sejarah tertulis sukan tinju.[13][14][15] Mayweather mempunyai rekod 26 buah kemenangan berturut-turut menang dalam kejuaraan perlawanan dunia (10 melalui K.O), 23 menang (9 K.O) dalam kejuaraan perlawanan lineal, 24 kemenangan (7 K.O) terhadap pemegang juara dunia yang mantan mahupun semasa, 12 kemenangan (3 K.O) terhadap juara lineal yang mantan atau semasa, dan 2 kemenangan (1 K.O) terhadap orang pilihan International Boxing Hall of Fame.
Mayweather merupakan salah satu tarikan siaran berbayar yang paling menguntungkan sepanjang masa, di mana-mana sukan. Beliau mengungguli senarai 50 atlet dibayar tertinggi 2012 dan 2013 majalah-majalah Forbes dan Sport Illustrated , dan sekali lagi dalam Forbes pada kedua-dua tahun 2014 dan 2015,[16][17] dalam senarai atlet dibayar tertinggi di dunia oleh majalah tersebut.[18] Pada tahun 2007, beliau menubuhkan syarikat penganjuran sukan tinjunya sendiri, Mayweather Promotions, selepas berpisah daripada syarikat Top Rank milik Bob Arum.[19] Mayweather telah menghasilkan kira-kira 19.5 juta melalui siaran berbayar perlawanannya dan $1.3 bilion sepanjang kerjayanya, melebihi orang-orang setandingnya termasuk Mike Tyson, Evander Holyfield, Lennox Lewis, Oscar De La Hoya dan Manny Pacquiao.[20]
Rujukan
sunting- ^ "The Lineal Boxing World Champions". The Cyber Boxing Zone Encyclopedia.
- ^ "Floyd Mayweather wins ESPY Award beating out Manny Pacquiao & Georges St-Pierre". www.nowboxing.com. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ "Mayweather wins fifth ESPY award". Ringtv.craveonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 29, 2013. Dicapai pada Disember 27, 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "#P4Prank: Ranking top 25 pound-for-pound boxers of past 25 years". Espn.go.com. 8 April 2016. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ "BoxRec Ratings". Boxrec.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-04. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2016. Dicapai pada 1 Julai 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ "Ring Ratings, Pound for Pound". ringtv.craveonline.com. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ "Pound-For-Pound Top 15". Sports Illustrated. 14 November 2011. Dicapai pada 21 November 2011.
- ^ "Boxing pound-for-pound top 10". Foxsports. 11 November 2011. Dicapai pada 18 November 2011.
- ^ "Top three pound-for-pound fighters". ESPN. 16 November 2011. Dicapai pada 17 November 2011.
- ^ "Boxing Records, Lb for Lb". boxrec.com. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ "Rankings: Mayweather takes over top spot". Yahoo! Sports. November 19, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 3, 2012. Dicapai pada November 19, 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Guryashkin, Igor, "Mayweather measures up with greats", ESPN, 3 Mei 2012.
- ^ Manfred, Tony, "The fighters who've lost to Floyd Mayweather explain why he's so impossible to beat", Business Insider, 30 April 2015.
- ^ Iole, Kevin (10 September 2015). "Floyd Mayweather's flawed perfect record and how he would have fared against all-time greats". Yahoo! Sports. Dicapai pada 30 Jun 2016.
- ^ "Mayweather tops highest paid athletes list – Sport – NZ Herald News". The New Zealand Herald. 12 Jun 2014.
- ^ "2015 Ranking The World's Highest Paid Athletes List".
- ^ Bishop, Greg (17 Disember 2011). "Al Haymon Quietly Shakes Up Boxing". The New York Times.
- ^ "Mayweather turns down $8M to fight Margarito". Espn.com. 25 April 2006.
- ^ "Floyd Mayweather Jr". BoxRec.com. Dicapai pada 27 Disember 2016.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi
- Templat:BoxrecBoxRecTemplat:Boxrec
- Estrangement of Mayweather Jr. and Sr. oleh Jon Saraceno, 26 Jun 2005, USA Today.
- Floyd Mayweather Jr. wants a win for his dad Diarkibkan 2016-01-10 di Wayback Machine oleh Andy Johnston, 6 Julai 1996, Augusta Chronicle.
- A new chapter begins for Floyd Mayweather oleh Jeff Mayweather, 1 November 2005, BraggingRightsCorner.com.
- Can Mayweather become the new De La Hoya? oleh Brent Matteo Alderson, 1 Mei 2006, BoxingScene.com.