Formasi Beruas
Formasi Beruas ialah sejenis formasi batuan berusia Holosen tak konsolidat yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Asal-usul Nama
suntingFormasi batuan ini diperkenalkan sebagai Beruas oleh Suntharalingam (1987) bersempena nama lokasi di mana endapan tak konsolidat ini mula-mula ditemui berdasarkan daripada hasil penggerudian untuk kajian geologi Kuarterner oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia.
Taburan
suntingFormasi ini wujud sebagai endapan tak konsolidat di sekitar pesisir laut negeri Perak dengan ketebalan nipis sekitar 5 meter.
Kajian oleh Kamaluddin (1990) menunjukkan formasi ini bertaburan secara terpencil di sekitar Balik Pulau, Bayan Lepas dan Georgetown di Pulau Pinang serta Simpang Empat dan Sungai Dua di bahagian Seberang Perai.
MT-JGSC (2006) merekodkan kewujudan formasi ini dalam sebahagian besar peta topografi Kota Bharu dan Rantau Panjang di negeri Kelantan yang merupakan kawasan semasa bagi penanaman padi.
Kajian oleh MT-JGSC (2009) menunjukkan formasi ini terdapat di sekitar lembah-lembah Sungai Perlis, Sungai Arau, Sungai Gial dan sunai-sungai lain di sekitar negeri Perlis.
Korelasi
suntingFormasi batuan ini biasanya mempunyai sempadan bawah yang selanjar dengan Formasi Simpang dan Formasi Gula.
Formasi Beruas diselaraskan dengan Aluvium Muda yang diperkenalkan oleh Walker (1985).
Kajian korelasi geologi batuan di sempadan Malaysia - Thailand oleh MT-JGSC (2009) menselaraskan Formasi Beruas dengan Formasi Sungai Kolok yang wujud sebagai dataran rendah yang ditanam padi.
Di Thailand, Formasi Sungai Kolok dibahagikan kepada 2 ahli iaitu Ahli Pasir dan Lempung Aluvium dan Ahli Lempung Dataran Banjir.
Litologi Am
suntingFormasi Beruas terdiri daripada lempung, gambut, lempung berpasir serta sedikit pasir dan kerikil di tempat-tempat tertentu.
Ahli Batuan dan Sekitaran Pengendapan
suntingSuntharalingam (1987) memperkenalkan Ahli Pengkalan sebagai satu-satunya ahli dalam formasi batuan ini yang ditafsirkan diendap dalam sekitaran fluvial berdasarkan ciri-ciri litologi.
Kamaluddin (1989) kemudian mentafsirkan semula sekitaran pengendapan Ahli Pengkalan sebagai air tawar atau paya gambut berdasarkan ciri-ciri palinologi.
MT-JGSC (2006) membahagikan Formasi Beruas kepada 4 ahli iaitu Ahli Pengkalan, Ahli Dataran Banjir, Ahli Tetambak Semulajadi dan Ahli Alur Terbiar berdasarkan kajian endapan Kuaterner di sekitar Sungai Golok.
MT-JGSC (2009) mengelaskan Formasi Beruas kepada 2 ahli iaitu Ahli Pasir dan Lempung Aluvium dan Ahli Lempung Dataran Banjir berdasarkan korelasi dengan Formasi Sungai Kolok di Thailand.
Ahli | Ciri-ciri am |
---|---|
Ahli Pengkalan | |
Ahli Dataran Banjir | |
Ahli Tetambak Semulajadi |
|
Ahli Alur Terbiar |
|
Ahli Pasir dan Lempung Aluvium |
|
Ahli Lempung Dataran Banjir |
|
Sekitaran Pengendapan
suntingSuntharalingam dan Teoh (1985) menjelaskan litologi, kandungan mineral berat dan ciri-ciri saiz butiran serta warna butiran menunjukkan formasi ini terbentuk daripada endapan fluvial yang berkaitan dengan sistem sungai sedia ada.
MT-JGSC (2009) membezakan sekitaran pengendapan Formasi Beruas kepada sekitaran fluvial dan sekitaran dataran banjir mengikut ahli-ahli formasi yang telah diperkenalkan.
Rujukan
sunting- Kamaluddin Hassan, 1989. Significance of palynology in Late Quaternary sediments in Peninsular Malaysia. Geological Society of Malaysia Bulletin 24, pp. 57-66.
- Kamaluddin Hassan, 1990. A summary of the Quaternary geology investigations in Seberang Prai, Pulau Pinang and Kuala Kurau. Geological Society of Malaysia, Bulletin 26, pp.47-53.
- Suntharalingam, T dan Teoh, L.H., 1985. Quaternary geology of the coastal plain of Taiping, Perak. Geol. Suv. Malaysia Quaternary Geology Bulletin 1, 64p.
- Suntharalingam, T, 1987. Quaternary geology of the coastal plain of Beruas, Perak. Geol. Survey Malaysia Quaternary Geology Bulletin 2, 70p.
- The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC), 2009. Geology of the Bukit Batu Putih - Satun transect area along the Malaysia - Thailand border. Minerals and Geoscience Department Malaysia.