Formasi Kroh ialah sejenis formasi batuan berusia Silur Awal hingga Devon yang terdapat di negeri Perak dan Kedah, Malaysia.

Sejarah Pengkajian sunting

Formasi Kroh merupakan formasi batuan yang diperkenalkan oleh Burton (1972) bagi menggantikan Formasi Baling, bila mana perkataan Baling digunakan dalam Kumpulan Baling yang diwujudkan.

Taburan sunting

Formasi Kroh tersingkap dengan baik di kawasan Pengkalan Hulu dan Kelian Intan di daerah Hulu Perak sehingga ke Bersia di negeri Perak, manakala di Kedah, formasi ini terdapat di sepanjang hulus Sungai Ketil dan Gubir dalam daerah Baling dan Sik.

Korelasi sunting

MT-JGSC (2009) mengkorelasikan Formasi Kroh dengan Formasi Betong yang terdapat di selatan Thailand.

Litologi sunting

MT-JGSC (2009) mencirikan Formasi Kroh kepada 4 fasies iaitu fasies berargilit, fasies berarenit, fasies kalka-silikat dan fasies berkapur.

Fasies Ciri Am
Fasies berargilit
  • Terdiri daripada syal dan batu lumpur berwarna kelabu gelap hingga hitam
  • Termetamorf di beberapa tempat sebagai sabak, filit, honfels pelitik, meta-batu lumpur dan syis kuarza-mika.
  • Rijang juga terdapat di antara batuan argilit.
  • Kekanta batu kapur tak tulen dengan kandungan bahan berkarbon juga wujud di antara fasies seperti yang tersingkap di Sungai Kuak dan Kampung Pahit Dalam di Pengkalan Hulu.
Fasies berarenit
  • Terdiri daripada meta-batu pasir dengan sedikit pelapisan meta-argilit sama ada sebagai kekanta atau pelapisan tidak bersambung.
Fasies kalka-silikat
  • Terdiri daripada batuan honfels kalka-silikat dan sedikit batu kapur tak tulen.
  • Honfels merupakan hasil metamorfisme batuan argilit berkapur akibat rejahan granit
  • Honfels berwarna kelabu gelap akibat kandungan bahan berkarbon, sangat keras, berbutiran halus dan kadangkala berjalur dengan bahan bersilika berwarna kelabu cerah.
  • Tersingkap di sekitar Belukar Semang dekat Kelian Intan.
Fasies berkapur
  • Terdiri daripada batu kapur kekanta yang biasanya termetamorf menjadi marmar, dan batua berkapur lain.
  • Batu kapur biasanya berwarna variasi kelabu, berlapisan tebal hingga masif dan mempunyai kandungan tak tulen yang banyak.

Penentuan Usia sunting

Usia Formasi Kroh ditentukan berdasarkan penemuan fosil ramai pengkaji. Pencirian semula oleh MT-JGSC (200x) mentafsirkan Formasi Kroh berusia antara Silur Awal hingga Devon.

Usia Fosil-fosil yang ditemui
Devon Atas Jones (1973)
  • Brakiopod
Devon Hamada (1969), Hamada (1970) dan Hamada et al. (1975)
  • Fosil brakiopod: Plectodonta pacifica, Plectodonta burtonae dan Perakia undulata
  • Fosil trilobit
  • Tentaculites
  • Graptolites
Devon Bawah Jones (1973)
  • Styliolina sp.


Kobayashi dan Hamada (1971)

  • Pseudotrinodus aenigma


Kobayashi dan Hamada (1972)

  • Bailielloides inexpectans
  • Harpes (s.l) kylindrorhachis
Silur Awal Jones (1973)
  • Graptolites
Kemungkinan Ordovisi? Jones (1968)
  • Trinodus?
  • Solenoharpes (?)

Sekitaran Pengendapan sunting

MT-JGSC (2009) mentafsirkan Formasi Kroh terbentuk dalam sekitaran laut euksinik yang dalam dan tenang berdasarkan ciri-ciri ketiadaan fosil bentos dan bioturbasi serta fasies argilit yang meluas. Kewujudan fasies berkapur dan fasies berarenit pula menunjukkan sekitaran yang lebih cetek seperti pelantar benua.

Rujukan sunting

  1. Burton, C.K., 1972. Outline of the geological evolution of Malaya. Journal of Geology, 80, 293 – 309.
  2. Hamada, T., 1969. Late Palaeozoic brachiopods from red beds in the Malayan Peninsula. Geology and Palaeontology of Southeast Asia, 6, 251 – 267, Tokyo University Press.
  3. Hamada, T., 1970. Devonian brachiopods from Kroh, Upper Perak in Malaysia. Geology and Palaeontology of Southeast Asia, 7, 1 – 13, Tokyo University Press.
  4. Hamada, T., Igo, H., Kobayashi, T. and Koike, T., 1975. Older and Middle Palaezoic formations and fossils of Thailand and Malaysia. Geology and Palaeontology of Southeast Asia, 15, 1 – 38, Tokyo University Press.
  5. Jones, C.R., 1968b. Malayan Early to Mid-Palaeozoic Stratigraphy and the Siluro-Devonian Graptolite Faunas of the Malay Peninsula. University of Birmingham PhD. thesis, (unpublished).
  6. Jones, C.R., 1973. The Siluro-Devonian graptolite faunas of the Malay Peninsula. Overseas Geology and Mineral Resources, 44, Institute of Geological Sciences, London.
  7. The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC), 2009. Geology of the Pengkalan Hulu - Betong transect area along the Malaysia - Thailand border. Minerals and Geoscience Department Malaysia.