Alfredo Villenguez Valentino atau lebih dikenali sebagai Fredo merupakan penyanyi utama dan pemain bass Kumpulan Flybaits yang ditubuhkan sekitar tahun 1970-an di Singapura. Lagu Kenangan Lalu ciptaan sepenuhnya oleh M. Nasir (kini Datuk) telah mengangkat penyanyi berketurunan Filipina ini sebagai salah seorang artis yang bersuara emas sehingga ke hari ini.

Fredo Flybaits
Kelahiran
Alfredo Villenguez Valentino

1950 (umur 73–74)
WarganegaraMalaysia Malaysia
Nama lainMohd Amani bin Abdullah
PekerjaanPenyanyi, Pemuzik
Tahun aktif1970-an–kini
PasanganSuzlynna Mustapha Azahari
Anak-anakAdam Villenguez (meninggal dunia)
Danny Villenguez
SaudaraAllahyarham Dato' Mustapha Maarof (bapa mentua)
Alfonso Soliano (bapa saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada
InstrumenGitar, Bass
Syarikat rakaman
Polygram Records
Pengkarya berkait
Kumpulan Flybaits, The Flinstones
Laman web rasmihttp://instagram.com/fredo_flybaits

Dilahirkan dalam keluarga seni, Fredo merupakan anak saudara kepada Alfonso Soliano, bekas pengarah dan konduktor muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) suatu ketika dahulu. Beliau yang telah memeluk Islam pada tahun 1996 dengan nama Mohd Amani bin Abdullah juga merupakan menantu kepada seniman veteran Allahyarham Dato' Mustapha Maarof menerusi perkahwinannya dengan Suzlynna pada tahun 1996. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Adam Villenguez (meninggal dunia 1999) dan Danny Villenguez.