Friends merupakan sebuah sitkom televisyen Amerika Syarikat yang dicipta oleh David Crane dan Marta Kauffman. Ia bersiaran dari 22 September 1994 sehingga 6 Mei 2006 menerusi NBC selama sepuluh musim. Menampilkan Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer sebagai pelakon tetap, ia berkisarkan enam orang rakan berusia di antara 20-an hingga 30-an yang tinggal di Manhattan. Siri ini telah diterbitkan oleh Bright/Kauffman/Crane Productions, bersama-sama dengan Warner Bros. Television. Penerbit eksekutif asal pula adalah Kevin S. Bright, Marta Kauffman, and David Crane.

Friends
GenreSitkom
PenciptaDavid Crane
Marta Kauffman
Dibintangi oleh
Jennifer Aniston
Courteney Cox
Lisa Kudrow
Matt LeBlanc
Matthew Perry
David Schwimmer
Penggubah lagu tema
Michael Skloff
Allee Willis
Lagu pembukaan"I'll Be There for You"
by The Rembrandts
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim10
Bilangan episod236
Penerbitan
Penerbit eksekutifDavid Crane
Marta Kauffman
Kevin S. Bright
Michael Borkow (musim 4)
Michael Curtis (musim 5)
Adam Chase (musim 5–6)
Greg Malins (musim 5–7)
Wil Calhoun (musim 7)
Scott Silveri (musim 8–10)
Shana Goldberg-Meehan (musim 8–10)
Andrew Reich (musim 8–10)
Ted Cohen (musim 8–10)
Pemasangan kamera
Multi-kamera
Tempoh siaran20–22 minit(per episod)
22–65 minit(TV antarabangsa & DVD)
Syarikat penerbitan
Bright/Kauffman/Crane Productions
Warner Bros. Television
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalNBC
Format gambar480i (4:3 SDTV) (siaran asal)
1080p (16:9 [HDTV]]) (remaster 2012)
Format audioDolby Surround 2.0 (siaran asal)
Dolby Digital 5.1 (remaster 2012)
Siaran asal22 September 1994 (1994-09-22) – 6 Mei 2004 (2004-05-06)
Pautan luar
Laman sesawang

Kauffman dan Crane mula mencipta Friends di bawah judul Insomnia Cafe di antara November dan Disember 1993. Mereka telah mempersembahkan idea tersebut kepada Bright, sebelum kepada NBC. Setelah beberapa pembaikian dan perubahan skrip dilakukan, termasuk menukar tajuk kepada Six of One,[1] dan, Friends Like Us, siri ini akhirnya dinamakan sebagai Friends.[2]

Pengambaran dilakukan di Studio Warner Bros. di Burbank, California. Rancangan ini menjadi siri nombor satu semasa musim kelapan. Musim kesepuluh yang juga musim terakhir menyaksiakan ia ditonton oleh kira-kira 52.5 juta penonton di Amerika Syarikat, menjadikan ia siri kelima paling ramai ditonton ketika musim terakhir dalam sejarah dunia penyiaran televisyen,[3][4][5] dan episod paling ramai ditonton sepanjang dekad 2000-an.[6][7]

Friends menerima penghargaan sepanjang masa, menjadi salah satu rancangan televisyen paling popular sepanjang masa.[8] Siri ini pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Primetime ke-62 dan memenangi Siri Komedi Terbaik pada tahun 2002 untuk musim kelapan. Rancangan ini disenaraikan di tangga ke-21 dalam TV Guide's 50 Greatest TV Shows of All Time,[9] and no. 7 on Empire magazine's The 50 Greatest TV Shows of All Time.[10][11] Pada tahun 1997, episod "The One with the Prom Video" disenaraikan dalam TV Guide's 100 Greatest Episodes of All-Time.[12] Pada tahun 2013, Friends menduduki tangga ke-24 dalam Writers Guild of America's 101 Best Written TV Series of All Time,[13] dan tangga ke-28 dalam TV Guide's 60 Best TV Series of All Time.[14]

Barisan pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "'Friends' Was Originally Called 'Six of One'". Abcnews.go.com. April 5, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2016. Dicapai pada August 3, 2016.
  2. ^ Matt Lauer (May 5, 2004). "'Friends' Creators Share Show's Beginnings". NBSnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2013. Dicapai pada May 5, 2004.
  3. ^ Zach Seemayer (March 31, 2014). "The 10 Most-Watched TV Series Finales Ever!". Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2015. Dicapai pada May 23, 2015.
  4. ^ Stacy Conradt (February 28, 2015). "The 10 Most-Watched Series Finales Ever". Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2015. Dicapai pada May 24, 2015.
  5. ^ Natalie Kalin (April 29, 2015). "Top 10 Most Watched TV Finales Ever". HuffingtonPost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 25, 2015. Dicapai pada May 24, 2015.
  6. ^ "'Friends' Finale Is Decade's Most-Watched TV Show". Chicago Tribune. December 4, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2012. Dicapai pada August 18, 2010.
  7. ^ "The Most Watched TV Episode of the Decade Was...The Series Finale of 'Friends'". Daily News. New York. Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2009. Dicapai pada December 22, 2009.
  8. ^ "The 100 Best Tv Shows Of All-Time". Time. September 6, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2009.
  9. ^ "TV Guide Names Top 50 Shows". CBS News. April 26, 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2012.
  10. ^ "Empire Magazine's 50 Greatest TV Shows of All Time list". Listal.com. December 23, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2011. Dicapai pada April 2, 2011.
  11. ^ "The 50 Greatest TV Shows of All Time". empireonline.com. December 23, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2011. Dicapai pada April 2, 2011.
  12. ^ "Special Collector's Issue: 100 Greatest Episodes of All Time". TV Guide (June 28 – July 4). 1997.
  13. ^ "101 Best Written TV Series List". Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2014.
  14. ^ Fretts, Bruce; Roush, Matt. "The Greatest Shows on Earth". TV Guide Magazine. 61 (3194–3195): 16–19.

Bacaan lanjut sunting

Articles concerning the cultural influence of the programme:

Pautan luar sunting