Gamzat-bek (Arab: حمزة بك) = Ḥamzah Bek, Bahasa Avar: ХIазмзат Бек, Bahasa Chechen: Ẋamzat Bek = Ḥamzat Bek; (Rusia: Гамзат-бек), Hamza-Bek, (1789 — October 1(September 19), 1834) ialah imam kedua Imamiah Caucasus, menggantikan Ghazi Mollah yang meninggal duia pada tahun 1832.

Gamzat-bek
Imam Dagestan
Didahului olehGhazi Muhammad
Diikuti olehImam Syamil
Pemerintahan1832 - 1834
Keputeraan1789
Dagestan
Kemangkatan1834 (berumur 44–45)
Khunzakh, Dagestan
AgamaIslam, Sufi

Gamzat-bek anak seorang bek (ketua) kaum Avar. Beliau didik di bawah penyeliaan para ulama Islam dan menjadi pengikut tarikat sufi. Pada Ogos 1834, Gamzat-bek melancarkan serangan terhadap para khan Avar yang menyokong kerajaan Rusia, dan yang bersikap bermusuhan terhadap pergerakan sufi. Beliau berjaya menawan ibu negeri Avar, Khunzakh dan melaksanakan hukuman mati terhadap pemerintah wanita (Khanum) bandar Khunzakh, Pakhubike bersama anak-anak lelakinya. Dalam tempoh masa 18 bulan, Gamzat-bek aktif menentang pihak Rusia. Penyokong-penyokong khan Avar, termasuk Haji Murad, berkomplot menentang Gamzat-bek dan membunuhnya. Karya Leo Tolstoy, Haji Murat didasarkan ke atas kejadian ini. Imam Syamil menjadi imam ketiga Dagestan selepas kematian Gamzat-bek.

Nota istilah sunting

Khanum sunting

  • Khanum (Turki: Hanım, Azeri: Xanım, Parsi: خانم) ialah terbitan feminin daripada Khan. Khususnya dalam bahasa-bahasa keluarga bahasa Turkic, perkataan ini membawa makna permaisuri seorang Khan, atau, dalam beberapa tradisi dipanjangkan sebagai gelaran sapaan wanita.


Bacaan lanjut sunting