Gedung Makanan Negara

Gedung Makanan Negara (GMN) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009.

Peranan Felda sunting

Pada 2 September 2009, kerajaan Malaysia mengarahkan cili Kulai, pisang berangan, lembu pedaging dan ikan talapia diusahakan oleh Felda Holdings Berhad (Felda) untuk projek Gedung Makanan Negara (GMN).Projek perusahaan makanan berskala besar ini diusahakan di tanah rancangan Felda melibatkan peruntukan RM750 juta.Tanah terbiar akan disewa daripada penduduk kampung untuk diusahakan.Kawasan lapang akan disewa oleh Felda daripada orang kampung.

Tanaman cili Kulai dijangka mengeluarkan 48,000 metrik tan atau 18 % dari segi keperluan negara dan pisang berangan 14 % ataupun 45,000 metrik tan.[1]

Pengenalan GMN sunting

Y. A. B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena pelancaran Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2009 bertempat di Felda Maokil, Johor menyarankan; "Hari ini saya tekankan satu lagi hasrat kerajaan supaya Felda ini kita jadikan sebagai gedung makanan negara. Inilah usaha-usaha yang akan kita lakukan supaya Felda akan muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar untuk menampung keperluan negara sebab negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara".

VISI GMN : "Menjadi pemain uama dalam pengeluaran dan pengedaran produk makanan negara"

Misi yang hendak dicapai oleh GMN ialah :

a) Memaksimumkan penggunaan tanah dengan aktiviti pertanian.
b) Mewujudkan usahawantani baru dan menambah pendapatan usahawan sedia ada.
c) Pembangunan Industri Asas tani terutama pengeluaran produk makanan.
d) Mengadaptasi amalan pertanian baik dalam semua rantaian pengeluaran.
e) GMN sebagai entiti berasaskan perniagaan dengan menjalankan 'GMN Fresh Market'.

Konsep yang akan digunakan ialah 'contract farming' di mana modal permulaan dan infrastruktur akan disediakan oleh Felda dan akan dilaksanakan oleh pengusaha. Pendahuluan modal yang didahulukan oleh Felda tersebut akan diperoleh semula apabila potongan dibuat dari hasil yang dihantar ke Felda dan lebihan hasil akan dikembalikan kepada pengusaha. Manakala Felda akan memasarkan hasil tersebut kepada pasaran terbuka.

Perlaksanaan produk bernilai tinggi (high value product) dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran serta mampu menjana peluang mempelbagaikan pendapatan kepada warga penerokadiberi tumpuan seperti pisang berangan ikan tilapia cili kulai dan lembu pedaging yang telah bermula sejak tahun 2010 dan pisang montel (cavendish), rock melon, nenas serta ternakan bebiri yang telah bermula sjak tahun 2011.

Rujukan sunting