Tanda dan gejala

penyimpangan daripada fungsi atau perasaan biasa yang disedari oleh penyakit, mencerminkan kehadiran keadaan yang luar biasa, atau penyakit; subjektif, diperhati oleh pesakit, tidak dapat diukur terus
(Dilencongkan dari Gejala)

Tanda dan gejala ialah tanda yang diperhatikan atau boleh dikesan, dan pengalaman gejala penyakit, kecederaan atau keadaan. Gejala juga dikenali sebagai simptom (daripada bahasa Yunani σύμπτωμα, "kecelakaan, malang, yang menimpa",[1] daripada συμπίπτω, "kumenimpa", daripada συν- "bersama, dengan" dan πίπτω, "kujatuh") iaitu penyimpangan daripada fungsi atau perasaan biasa yang disedari oleh pesakit, mencerminkan kehairanan suatu keadaan yang luar biasa atau suatu penyakit.

A diagram of a human torso labelled with the most common symptoms of an acute HIV infection
Gejala-gejala utama jangkitan HIV akut

Gejala adalah pengalaman subjektif seseorang yang dilaporkan,[2] ia diperhati oleh pesakit,[3] dan tidak boleh diukur terus,[4] manakala tanda-tanda adalah objektif dan dapat diperhati secara luaran.[5] Sebagai contoh, parestesia ialah gejala (hanya orang yang mengalaminya dapat memerhati terus rasa sesemut mereka), manakala eritema ialah tanda (sesiapa dapat mengesahkan yang kulit berwarna lebih merah daripada biasa). Gejala dan tanda selalunya tidak khusus, tetapi gabungan kedua-duanya selalunya sekurang-kurangnya menandakan diagnosis tertentu, bantu mengecilkan sesuatu yang mungkin salah.Dalam kes-kes yang lain,gejala-gejala ini khusus malah sampai ke tahap menjadi patognomonik.

Istilah ini kadangkala juga digunakan pada keadaan fisiologi di luar konteks penyakit, sebagai contoh apabila merujuk "gejala kehamilan". Ramai orang menggunakan istilah tanda dengan gejala secara bertukar ganti.[6]

Simptomatologi sunting

Simptomatologi (juga dipanggil semiologi) ialah cabang perubatan membincangkan tentang gejala.[7] Juga kajian ini membincangkan tanda dan petunjuk sesuatu penyakit.[8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sumptoma, Henry George Liddell, Robert Scott, ''A Greek-English Lexicon'', at Pursues". Perseus.tufts.edu. Dicapai pada 2011-12-17.
  2. ^ Pathology – Glossary Diarkibkan Januari 12, 2008, di Wayback Machine
  3. ^ eMedicine/Stedman Medical Dictionary Lookup![pautan mati]
  4. ^ Devroede G (1992). "Constipation—a sign of a disease to be treated surgically, or a symptom to be deciphered as nonverbal communication?". J. Clin. Gastroenterol. 15 (3): 189–91. doi:10.1097/00004836-199210000-00003. PMID 1479160.
  5. ^ Sadock, Benjamin J.; Sadock, Virginia A. (2008). Kaplan & Sadock's Concise Textbook of Clinical Psychiatry (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. ISBN 978-0-7817-8746-8.
  6. ^ "What Are Signs And Symptoms And Why Do They Matter?". Medical News Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2017. Dicapai pada 5 December 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ The British Medical Association (BMA) (2002). Illustrated Medical Dictionary. A Dorling Kindersley Book. m/s. 406. ISBN 978-0-75-133383-1.
  8. ^ David A. Bedworth, Albert E. Bedworth (2010). The Dictionary of Health Education. Oxford University Press. m/s. 484. ISBN 978-0-19-534259-8.

Templat:Medical terms to describe disease conditions

Templat:Gejala dan tanda