Gempa bumi Sanriku 1933

Gempa bumi Sanriku 1933 (Jepun: 昭和三陸地震, Hepburn: Shōwa Sanriku Jishin) ialah sebuah gempa bumi dahsyat yang menyebabkan tsunami yang memusnahkan bandar-bandar di sepanjang Pantai Sanriku di kawasan Tōhoku, Honshū, Jepun pada 2 Mac 1933.

Gempa bumi Sanriku 1933
Gempa bumi Sanriku 1933 is located in Bumi
Gempa bumi Sanriku 1933
Gempa bumi Sanriku 1933 (Bumi)
TarikhKhamis, 2 Mac 1933
Magnitud8.4 Mw
Koordinat39°7.7′N 144°7′E / 39.1283°N 144.117°E / 39.1283; 144.117Koordinat: 39°7.7′N 144°7′E / 39.1283°N 144.117°E / 39.1283; 144.117
Kawasan terjejas Jepun  Amerika Syarikat
Tsunamiya
Korban3000+ maut
Teluk Kamaishi, Iwate selepas bencana 1933


Sejarah sunting

Pusat gempa bumi Sanriku 1933 Sanriku terletak di luar pesisir, iaitu 290 kilometer (180 bt) di timur bandar Kamaishi, Iwate. Gegaran terawal berlaku pada 2.30 pagi, 2 Mac 1933. Gempa ini berukuran 8.4 pada skala magnitud momen [1] dan berada lebih kurang di tempat yang sama dengan gempa bumi Meiji-Sanriku 1896. Pusat gempa berlaku cukup jauh dari kawasan bandar, jadi ia tidak banyak merosakkan bangunan-bangunan. Kira-kira tiga jam selepas gempa terbesar, datangnya satu gempa susulan 6.8 diikuti 76 lagi gempa susulan (dengan magnitud 5.0 ke atas) selama enam bulan.[2]


Kemusnahan sunting

Walaupun gempa itu tidak banyak menimbulkan kerosakan, namun tsunami yang dicetuskannya pada ukuran 28.7 meter (94 ka) di Ōfunato, Iwate, mengakibatkan kemusnahan besar yang membinasakan banyak rumah dan meragut nyawa ramai penduduk.[3] Tsunami itu memusnahkan lebih 7,000 buah rumah di sepanjang pantai utara Jepun, termasuk 4,885 yang dihanyutkan. Tsunami itu juga direkodkan di Hawaii pada ketinggian 9.5 kaki (2.9 m), tetapi hanya meninggalkan kerosakan kecil.[1] Seramai 1522 orang disahkan maut, 1542 hilang, dan 12,053 cedera. Yang paling teruk terjejas ialah pekan Tarō, Iwate (kini sebahagian bandar Miyako), di mana 98% rumah-rumanya dibinasakan dan 42% penduduknya terkorban.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b "Historical Earthquakes:The 1933 Sanriku earthquake". United States Geological Survey. 14 Mac 2008. Dicapai pada 2008-07-16.
  2. ^ (1)The Meiji Sanriku Earthquake (June 15, 1896, M 8 1/2) and Sanriku Earthquake (March 3, 1933, M 8.1)
  3. ^ The Great Meiji Sanriku tsunami of 1896 is estimated to have generated a wave 38.2 meters high (Masayuki Nakao, "The Great Meiji Sanriku Tsunami"
  4. ^ Corkill, Edan, "Heights of survival", Japan Times, 12 Jun 2011, pp. 9-10.