General Electric F404

Enjin General Electric F404, F412, dan RM12 adalah enjin daripada keluarga kipas turbo lepas pembakaran dalam kelas 10,500 hingga 19,000 lbf (85 kN) (tujahan statik). Enjin siri ini dikeluarkan oleh GE-Aviation. Antara rakan kongsi adalah Volvo Aero, yang telah membina versi RM12. Pembangunan lanjut enjin F404 termasuk pembinaan versi enjin kipas-turbo yang lebih besar seperti F412 dan F414, dan enjin berkipas baling-baling GE36 yang diuji untuk kegunaan awam.

Enjin kipas-turbo F404 sedang diuji di atas kapal pengangkut pesawat

Pembangunan F404 sunting

GE membangunkan enjin F404 untuk F/A-18 Hornet, tidak lama selepas kalah dalam pertandingan untuk membekalkan enjin untuk pesawat F-15 Eagle kepada Pratt & Whitney, dan juga enjin untuk Pesawat Pejuang Ringan YF-16. Untuk pesawat F/A-18, GE mengambil asas enjin F404 daripada enjin YJ101 yang dibangunkan untuk pesawat Northrop YF-17, membesarkan nisbah pintasan daripada 0.25 kepada 0.4 untuk membolehkan penjimatan minyak yang lebih besar. Pihak Tentera Laut A.S telah memperincikan keperluan-keperluan berikut:

  1. Keboleh-kendalian
  2. Keboleh-percayaan dan keboleh-selengaraan
  3. Kos
  4. Keupayaan
  5. Berat

GE juga menganalisa "profil pendikit" dan mendapati juruterbang telah mengubah seting pendikit jauh lebih kerap daripada jangkaan jurutera; meletakan beban yang tidak sepatutnya pada enjin. GE juga telah diminta untuk mengelakkan pemampat memegun dan kegagalan enjin yang lain, dan dapat bertindak balas dengan pantas untuk mengawal input; rungutan biasa daripada juruterbang pesawt berkipas ke pesawat jet adalah enjin turbonjet awal tidak bertindak balas dengan input perubahan tujahan. Eksekutif GE, Frederick A. Larson dan Paul Setts, telah menetapkan sasaran yang mana enjin baru ini harus lebih kecil daripada enjin J79 untuk pesawat F-4, tetapi memberi lebih tujahan, dan berharga separuh dari enjin Pratt & Witney untuk pesawat F-16.[1]

Disebabkan oleh reka bentuk kipas untuk melicinkan kemasukan udara sebelum ia memasuki pemampat, enjin F404 mempunyai rintangan tinggi terhadap pemampat memegun, walaupun pada sudut serangan yang tinggi. Ia memerlukan kurang daripada 2 pemeriksaan di bengkel bagi setiap 1,000 jam penerbangan dan secara purata 6,500 jam di antara penerbangan. Ia juga mempamerkan tindak balas tinggi dalam mengawal input, menspol daripada keadaan pegun ke keadaan lepas-bakar penuh dalam masa 4 saat. Enjin ini mengandungi sistem pengawasan enjin semasa penerbangan (IECMS) yang akan mengawasi kegagalan kritikal dan menjejak hayat komponen.[2]

GE telah membangunkan enjin F110 untuk Tentera Udara A.S sebagai pilihan untuk enjin Pratt & Whitney F100 yang telah digunakan untuk pesawat F-16 dan F-15 berasaskan enjin F101 yang menggunakan teknologi F404.[1] GE membangunkan enjin F404-GE-402 untuk memberi lebih kuasa untuk model eksport F/A-18 ke Switzerland. Kuwait kemudian bersetuju untuk menggunakan enjin ini untuk pesawat F/A-18 mereka, dan seterusnya oleh A.S untuk model terakhir pesawat F/A-18C/D.[2]

Pembangunan RM12 sunting

Ubah suai oleh Volvo Aero ke atas enjin F404 termasuk meningkatkan keupayaan, rintangan yang tinggi terhadap serangan burung dan direka untuk memenuhi kriteria keselamatan untuk pesawat berenjin tunggal.

60% daripada bahagian enjin dikeluarkan oleh GE dan kemudian dihantar ke Sweden untuk pemasangan terakhir. Cakera dan sarung kipas/pemampat, gegelung pemampat, perumah, penutup dan keseluruhan pembakar lepas direka dan didikeluarkan di Sweden.

Tujahan maksimum adalah 80.5/54 kN (basah/kering).

Pembangunan F412 sunting

GE mengembangkan enjin F404 kepada F412-GE-400 (kipas turbo bukan lepas-pembakaran) untuk pesawat A-12 Avenger II. Selepas pembatalan projek A-12, penyelidikan tertumpu untuk membangunkan enjin untuk pesawat F/A-18E/F Super Hornet, yang mana akhirnya menghasilkan enjin F414.

Kegunaan sunting

F404
Volvo RM12
F412

Spesifikasi (F404-GE-402) sunting

Ciri-ciri umum

  • Jenis = Lepas-pembakaran kipas turbo
  • Panjang = 154 in (3,912 mm)
  • Ukur lilit = 35 in (889 mm)
  • Berat = 2,282 lb (1,036 kg)

Komponen

  • Pemampat = Pemampat paksi dengan 3 kipas dan pemampat 7 tahap
  • Nisbah pintasan = 0.34 : 1
  • Turbin = 1 tekanan rendah dan 1 tekanan tinggi

Keupayaan

  • Tujahan
    • 11,000 lbf (48.9 kN) tujahan ketenteraan
    • 17,700 lbf (78.7 kN) dengan pembakar-lepas
  • Nisbah tekanan keseluruhan = 26 : 1
  • Penggunaan minyak
    • Tujahan ketenteraan : 0.81 lb/(lbf·j) (82.6 kg/(kN·j))
    • Pembakar-lepas penuh: 1.74 lb/(lbf·j) (177.5 kg/(kN·j))
  • Nisbah tujahan/berat = 7.8 : 1 (76.0 N/kg)

Rujukan sunting

  1. ^ Kelly, Orr (1990). Hornet: Cerita dalam F/A-18. Novato: Presido Press. ISBN 0-89141-344-8.
  2. ^ a b Jenkins, Dennis R. (2000). F/A-18 Hornet: Cerita kejayaan Tentera Laut. New York: McGraw-Hill. ISBN 0071346961.

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting