Geng Botak merupakan kumpulan penjenayah yang giat menjalankan pecah rumah di sekitar kawasan Ampang Jaya, Cheras dan Kajang. Ahli kumpulan itu ditahan di sebuah apartmen di Jalan Pasar Baru, Pudu, yang dipercayai menjadi markas mereka.

Ketika ditahan pada jam 6.15 petang, 12 Mac 2010, mereka sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan menyatakan sasaran mereka ialah rumah tidak berpenghuni. Mereka bergerak dengan dua kereta. Satu kumpulan akan masuk ke dalam rumah manakala satu lagi kumpulan akan menjadi pemerhati di luar.[1]

Rujukan sunting