Geografi Republik Czech

Kawasan geografi Republik Czech merangkumi muka bumi yang berbeza-beza. Kawasan Bohemia di barat republik ini dialiri oleh sungai Elbe dan Vltara. Daratan ini dikelilingi oleh gunung-ganang yang rendah seperti Sudety yang merupakan sebahagian kawasan Krkonoše. Di Krkonoše ini terletaknya puncak tertinggi negara ini iaitu Sněžka yang mencapai ketinggian 1,602 meter. Kawasan timur negara ini, Moravia, mempunyai muka bumi berbukit-bukau dan dialiri Sungai Morava. Kawasan ini juga merupakan punca Sungai Oder. Sungai-sungai negara dukelilingi daratan ini mengalir ke arah tiga laut iaitu Laut Hitam, Laut Utara dan Laut Baltik.

Imej satelit Republik Czech

Suhu tempatan negara ini bertukar mengikut musimnya dan cuaca harian dipengaruhi oleh kawasan daratan dan lautan di sekelilingnya.