Geopark Perlis ialah cadangan geopark kebangsaan baharu di utara Semenanjung Malaysia.

Lokasi sunting

Fail:Aspirasi Geopark Perlis.jpg
Geotapak-geotapak dan tarikan-tarikan lain dalam Aspirasi Geopark Perlis.

Cadangan Geopark Perlis atau Aspirasi Geopark Perlis melibatkan keseluruhan negeri Perlis dengan keluasan kira-kira 820 kilometer persegi.

Ia bersempadan dengan Thailand di bahagian barat laut, utara dan timur laut serta bersempadan dengan negeri Kedah di bahagian tenggara.

Usaha pewujudan sunting

Aspirasi Geopark Perlis bermula dengan inisiatif Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah/Perlis/Pulau Pinang untuk mewujudkan satu geopark di negeri Perlis.

Pada tanggal 7 Februari 2018, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bersetuju untuk JMG memulakan kajian pemetaan geotapak-geotapak yang berpotensi untuk diketengahkan bagi memenuhi pewujudan Geopark Perlis.

Pada 26 Oktober 2019, Karnival Aspirasi Perlis Geopark berjaya dilangsungkan dengan kerjasama Bahagian Perancangan Ekonomi (BPEN) Perlis dan JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang sebagai langkah awal memperkenal hasrat kerajaan untuk mewujudkan Geopark Perlis kepada masyarakat. Karnival ini diadakan di Geotapak Bukit Lagi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Teh Chai Ann, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis melibatkan pelbagai aktiviti seperti senam robik, pencarian harta karun dan larian 'plogging'. Lebih 500 pengunjung menyertai karnival ini.

Pembangunan Geotapak sunting

Aktiviti pemetaan dan pencirian geotapak bagi Aspirasi Geopark Perlis dimulakan pada tahun 2019 oleh JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang. Pada tahun tersebut, Geotapak Eko Rimba, Geotapak Bukit Lagi dan Geotapak Sungai Jernih berjaya dipetakan dengan terperinci.

Pada tahun 2020, JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang berjaya memetakan 3 lagi geotapak iaitu Geotapak Bukit Batu Pahat, Geotapak Bukit Kubu dan Geotapak Gua Kelam dengan peruntukan keseluruhan RM 100,000.00.


Geotapak sunting

Terdapat sekurang-kurangnya 20 geotapak telah dikenalpasti mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai mercu Geopark Perlis.

  1. Gua Wang Burma
  2. Pemandangan Indah Wang Kelian
  3. Tasik Meranti
  4. Gua Kelam
  5. Gua Ikan
  6. Bukit Manik
  7. Bukit Chabang
  8. Kuari Rimba Mas
  9. Bukit Jernih
  10. Empangan Timah Tasoh
  11. Bukit Chondong
  12. Bukit Tungku Lembu
  13. Air Terjun Eko Rimba Bukit Ayer
  14. Guar Sanai
  15. Bukit Keteri
  16. Kuari Batu Pahat
  17. Utan Aji
  18. Bukit Batu Putih
  19. Bukit Kubu
  20. Bukit Lagi

Jaringan Perhubungan sunting

Geotapak-geotapak dalam Aspirasi Geopark Perlis boleh dilawati melalui pengangkutan awam darat dan air.

Pengangkutan awam darat sunting

Pengunjung boleh menaiki bas ekspres hingga ke terminal bas Kangar atau Kuala Perlis sebelum menaiki teksi ke mana-mana lokasi geotapak.

Pengunjung juga boleh menaiki tren ETS atau KTM Komuter hingga ke stesen Arau atau Padang Besar.

Perkhidmatan Grabcar juga boleh digunakan untuk ke geotapak-geotapak terpilih.

Pengangkutan awam air sunting

Pengangkutan feri boleh diambil bagi pelancong yang tiba dari Langkawi melalui Terminal Jeti Kuala Perlis.

Mendapat Pengiktirafan sunting

beberapa media tempatan Malaysia, telah memberitakan bahawa, Geopark Perlis sudah diiktiraf sebagai Geopark kebangsaan Malaysia, yang ke 10, dengan nama Perlis Geopark [1], status tersebut didapatkan selepas memenuhi skop untuk diperakukan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, melalui Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan, yang dilaksanakan dari 4 hingga 7 September di tahun 2023 [2], dan pihak Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Perlis dan pengurus Geopark Perlis Puteh Soraya A. Rahman, berkata

pengiktirafan yang diterima oleh Perlis Geopark akan menjadi batu loncatan kepada industri pelancongan di negeri ini

[3] lalu beliau juga berkata

“Pelancong mempunyai produk lain untuk dipilih dipanggil ‘georail’ dan boleh dibimbing oleh ‘geoguide’ berdaftar untuk mengenali geologi dan biodiversiti yang terdapat di Perlis,”

[3] dan diakhiri dengan pernyataan dengan sebagai berikut

“Semoga semua rakyat Perlis mendapat manfaat daripada penjenamaan Geopark Perlis, khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024-2025.”

[3].

Rujukan sunting

  1. ^ Aizat Sharif (9 November 2023). "Perlis diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan". www.bharian.com.my. bhnews. Dicapai pada 9 November 2023. Perlis kini diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan dengan gelaran Perlis Geopark.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ BERNAMA (9 November 2023). "Perlis diiktiraf Geopark Kebangsaan ke-10". www.astroawani.com. Astro Awani. Dicapai pada 9 November 2023. Sebanyak 23 Geotapak dipilih untuk dinilai di seluruh negeri Perlis. Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memperakukan keputusan Panel Penilai dan mengisytihar Perlis menjadi Geopark Kebangsaan dengan nama 'Perlis Geopark'(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c BERNAMA (9 November 2023). "Perlis is 10th national geopark". www.themalaysianinsight.com (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Insight. Dicapai pada 9 November 2023. Perlis Economic Planning Division secretary and Perlis Geopark manager Puteh Soraya A. Rahman, in a statement today, said the recognition received by Perlis Geopark would be a stepping stone for the tourism industry in the state.
  1. Laman web rasmi Geopark Perlis https://www.perlisgeopark.com/