Gerarca (kata majmuk: gerarchi; Bahasa Itali bermaksud "Ahli hierarki") adalah sejenis istilah yang digunakan semasa pemerintahan Fasis di Itali bagi menunjukkan keahlian Parti Fasis Nasional (PNF).

Gerarchi yang tertinggi, sehingga ke Setiausaha Persekutuan, ialah ahli Majlis Nasional PNF dan ahli Dewan Fasci dan Koperasi. Setiausaha dan anggota Direktorat Nasional PNF merupakan ahli Majlis Tertinggi Fasisme.

Seorang Ras (dari gelaran bangsawan Habsyah) ialah gerarca yang berkuasa dalam sesebuah wilayah. Sebagai contoh, Italo Balbo adalah Ras Ferrara, dan Roberto Farinacci pula Ras Cremona.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting