Gerhana (pinjaman Bahasa Sanskrit: ग्रहण grahaṇa [1][2]:72) merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.

Fasa gerhana bulan
Gerhana matahari anulus

JenisSunting

Terdapat dua jenis gerhana:

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

 
Animasi menunjukkan peredaran umbra dan penumbra sesebuah gerhana merentasi Hemisfera Timur.

Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:

Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

Bayangan dihasilkanSunting

 
Animasi menunjukkan peredaran umbra dan penumbra sesebuah gerhana merentasi Hemisfera Timur.

Bayangan yang terbentuk hasil pertindihan ini mempunyai tiga jenis peringkat yang utama:[3]

  • Umbra - rangkuman kecil dicakupi jasad yang melitupi sumber cahaya sepenuhnya.
  • Antumbra - melepasi rangkuman umbra, di mana objek berada di hadapan sumber cahaya namun tidak cukup menutup sepenuhnya.
  • Penumbra, di mana objek berada sebahagian di kawasan bersumber cahaya.

Kelaziman di planet dan jasad angkasa lainSunting

RujukanSunting

  1. ^ "grahaṇa". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 28 April 2020.
  2. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
  3. ^ Espenak, Fred (September 21, 2007). "Glossary of Solar Eclipse Terms". NASA. Diarkib daripada yang asal pada 24 Februari 2008. Dicapai pada 28 Februari 2008.

Pautan luarSunting