Gimnasium (sekolah)

Sekolah gymnasium ialah sejenis sekolah bercirikan penekanan kuat pada pembelajaran akademik serta memberikan pendidikan menengah lanjutan di beberapa wilayah di Eropah yang sebanding dengan sekolah tatabahasa di United Kingdom, maktab tingkatan enam di negara-negara Komanwel tertentu serta sekolah tinggi persediaan di Amerika Syarikat. Istilah ini berakar daripada perkataan "γυμνάσιον" (gymnasion) digunakan dalam bahasa Yunani Kuno, yang bermaksud sebuah tempat untuk pendidikan jasmani dan intelektual bagi para pemuda, namun kini gymnasium biasanya merujuk kepada sekolah menengah yang tertumpu pada persiapan pelajar memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian akademik mereka. Sebelum abad ke-20, sistem gymnasium ialah sistem pendidikan yang tersebar luas di banyak negara di Eropah tengah, utara, timur, dan selatan.

Stiftsgymnasium Melk, sekolah tertua yang didirikan di Austria.

Gimnasium Jerman termasuk dalam kurikulum pendidikan lanjutan peringkat tinggi pada peringkat maktab tinggi dan ijazah yang diberikan digantikan untuk ijazah sarjana muda (Baccalaureat)[1] yang sebelumnya diberikan oleh sebuah maktab atau universiti agar universiti di Jerman menjadi sekolah pascasiswazah yang eksklusif. Di A.S., kurikulum Gymnasium Jerman digunakan di sejumlah universiti berprestij seperti Universiti Michigan sebagai model untuk program maktab ijazah sarjana muda mereka.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ de:Bakkalaureat section 'Geschichte' ('History') accessed 3/14/2012
  2. ^ John Seiler Brubacher, Willis Rudy, "Higher education in transition: a history of American colleges and universities", edisi ke-4, 1997 New Brunswick, NJ, hlmn. 157/158; lihat halamannya di Google Books

Templat:Schools