Glen De Boeck

footballer

Glen De Boeck (lahir 22 Ogos 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi Pertahanan.

Glen De Boeck
Maklumat peribadi
Nama penuh Glen De Boeck
Tarikh lahir (1971-08-22) 22 Ogos 1971 (umur 52)
Tempat lahir Boom, Belgium
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1979–1990 FC Boom
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1992 FC Boom 35 (1)
1992–1995 Mechelen 93 (5)
1995–2005 Anderlecht 206 (14)
Jumlah 334 (20)
Pasukan kebangsaan
1993–2002 Belgium 36 (1)
Pasukan diurus
2005–2007 Anderlecht (pembantu pengurus)
2007–2010 Cercle Brugge
2010 Germinal Beerschot
2011 VVV-Venlo
2012–2013 Waasland-Beveren
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Ogos 2007
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Ogos 2007

Kerjaya sunting

Pada musim panas 1995, De Boeck berpindah dari KV Mechelen ke Anderlecht. Pada lewat 1990an, beliau dikritik kerana tidak cukup bagus di Anderlecht. Beliau kemudian berubah menjadi pemain pertahanan terhebat pada Liga Pro Belgium ketika awal 2000an.

Pada Februari 2005, De Boeck ingin menamatkan kerjanya kerana mengalami kecederan lutut yang serius.

Pada peringkat antarabangsa, De Boeck membuat debut antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Belgium pada 6 Oktober 1993 menentang Gabon pada perlawanan persahabatan. Beliau juga mewakili Belgium dalam tiga perlawanan pada dua edisi Piala Dunia.

Kerjaya pengurus sunting

Pada 23 April 2007, De Beock menjadi pengurus Cercle Brugge selepas tamatnya musim 2006-07. Pada 1 Februari 2008, direktor Cercle Brugge melanjutkan kontrak beliau sehingga 2011. Selain itu, beliau juga menjadi direktor teknikal sukan. Pada Mac 2008, beliau menolak tawaran menjadi jurulatih kelab KRC Genk. Beliau tetap memilih kelab Cercle Bregge sebagai karier kejurulatihannya. Beliau meninggalkan Cercle pada Jun 2010 dan menjadi pengurus Germinal Beerschot.

Pada 30 November 2010, selepas menerima keputusan teruk kelab, beliau dipecat daripada menjadi jurulatih Germinal Beerschot. Pada permulaan musim 2011-2012 De Boeck menjadi pengurus VVV-Venlo tetapi beliau mengundurkan diri pada 6 Disember 2011 selepas kekalahan teruk 7-0 kepada Heracles Almelo. Pada November 2012, beliau menandatangani kelab Waasland-Beveren tetapi dipecat setahun kemudian.

Pautan luar sunting