God afton, Herr Wallenberg

God afton, Herr Wallenberg - En Passionshistoria från verkligheten (bahasa Inggeris: Good Evening, Mr. Wallenberg) merupakan filem Sweden tahun 1990 mengenai diplomat Sweden semasa Perang Dunia Kedua, Raoul Wallenberg, yang telah menyelamatkan ramai penduduk Yahudi Hungary dari Holokus. Watal Wallenberg telah dipegang oleh Stellan Skarsgård.

God afton, Herr Wallenberg
PengarahKjell Grede
PenulisKjell Grede
Dihasilkan olehKatinka Faragó
DibintangiStellan Skarsgård
SinematografiEsa Vuorinen
Tarikh tayangan
  • 5 Oktober 1990 (1990-10-05)
Masa tayangan
118 minit
NegaraSweden
BahasaSweden

Filem ini telah memenangi empat anugerah di Anugerah Guldbagge ke-26 iaitu Filem Terbaik (Katinka Faragó), Pengarah Terbaik (Kjell Grede), Lakon Layar Terbaik (Kjell Grede) dan Sinematografi Terbaik.(Esa Vuorinen).[1] Ia juga telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-41.[2] Selain itu, filem ini juga telah dipilih mewakili Sweden bagi pencalonan Filem Bahasa Asing Terbaik menerusi Anugerah Akademi ke-63, namun gagal tercalon di peringkat akhir.[3]

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "God afton, herr Wallenberg (1990)". Swedish Film Institute. 16 March 2014.
  2. ^ "Berlinale: 1991 Programme". berlinale.de. Dicapai pada 2011-03-25.
  3. ^ Margaret Herrick Library, Academy of Motion Picture Arts and Sciences

Pautan luar

sunting