Googol ialah suatu nombor yang bersamaan dengan 10100 (sepuluh kuasa seratus) atau 10102 (sepuluh kuasa sepuluh kuasa dua). Dalam kata lain, satu googol ialah angka satu diikuti dengan seratus angka kosong: 10,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000,​000.

Istilah ini dicetuskan pada tahun 1938 oleh Milton Sirotta, yang ketika itu berumur 9 tahun. Beliau merupakan anak saudara Edward Kasner, seorang ahli matematik Amerika.[1] Kasner kemudiannya melanjutkan istilah itu kepada googolpleks, iaitu sebuah nombor yang lebih besar yang mempunyai nilai 10googol atau bersamaan dengan 1010100, atau angka satu diikuti dengan sebanyak satu googol angka kosong.

Nama Google, sebuah enjin gelintar, diilhamkan daripada istilah ini. Ibu pejabat Google, Inc. pula diberi nama Googleplex (perhatikan ejaan).

RujukanSunting

  1. ^ Kasner 1989, pp. 20-27; Bialik 2004

Pautan luarSunting