Gunung Berapi Mazama

Gunung Berapi Mazama (Jawi: ڬونوڠ براڤي مزاما; bahasa Inggeris: Mount Mazama; bahasa Klamath: Tum-sum-ne) merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di Oregon, Amerika Syarikat. Gunung ini merupakan sebahagian daripada Lengkok Gunung Berapi Cascade yang menjangkaui sepanjang pantai barat benua Amerika Utara dari wilayah British Columbia, Kanada di utara hingga ke utara California, Amerika Syarikat di selatan.

Gunung Berapi Mazama
Pemandangan seluruh kompleks Gunung Mazama dari arah timur.
Titik tertinggi
Ketinggian8,159 kaki (2,487 m)
Tonjolan382 kaki (116 m)
Puncak indukGunung Scott
Geografi
LokasiDaerah Klamath, Oregon, Amerika Syarikat
Induk banjaranBanjaran Cascade
Geologi
Jenis gunungGunung berapi perisai, gunung berapi komposit, kaldera
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Lengkok Gunung Berapi Cascade
Letusan terakhir2850 SM

Letusan bersejarah sekitar 7,700 tahun yang lalu telah memusnahkan sebahagian besar puncak gunung tersebut, meninggalkan sebuah kaldera yang besar, kini menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Crater hasil daripada kerpasan dan pencairan salji yang mengambil masa selama ribuan tahun.