Gunung Bromo
Gunung Bromo (bahasa Jawa: ꦧꦿꦩ , translit. Bråmå "Brahma"[2]) merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai kawasan pelancongan di Jawa Timur. Gunung Bromo menjadi tumpuan pelacong dalam dan luar negara kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.
Gunung Bromo | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,329 m (7,641 ka) [1] |
Senarai | Ribu |
Geografi | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Indonesia Java" tidak wujud.
| |
Geologi | |
Jenis gunung | Stratovolkano (aktif) |
Letusan terakhir | 2015-sekarang |
Bromo berketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.
Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan kawasan baya seperti lingkaran dengan jejari 4 km dari pusat kawah Bromo.
Sejarah letusan
suntingSejak abad ke-20, gunung yang terkenal sebagai tempat pelancongan itu meletus sebanyak tiga kali, dengan selang waktu yang teratur, iaitu 30 tahun. Letusan terbesar terjadi pada tahun 1974, sedangkan letusan terakhir terjadi pada tahun 2001.
Sejarah letusan Bromo: 2004, 2000, 1995, 1984, 1983, 1980, 1972, 1956, 1955, 1950, 1948, 1040, 1939, 1935, 1930, 1929, 1928, 1922, 1921, 1915, 1916, 1910, 1909, 1907, 1908, 1907, 1906, 1907, 1896, 1893, 1890, 1888, 1886, 1887, 1886, 1885, 1886, 1885, 1877, 1867, 1868, 1866, 1865, 1865, 1860, 1859, 1858, 1858, 1857, 1856, 1844, 1843, 1843, 1835, 1830, 1830, 1829, 1825, 1822, 1823, 1820, 1815, 1804, 1775, dan 1767.
Pelancongan
suntingPerjalanan untuk menuju ke kawasan pelancongan tersebut sangat sukar kerana jalan yang ditempuh tidk boleh dilalui oleh kenderaan biasa, kecuali dengan menyewa jip yang disediakan oleh pengelola pelancongan, jadi para pelancong kebanyakannya berjalan kaki untuk menuju ke pusat lokasi.
Lautan pasir adalah andalan pelancongan dari Gunung Bromo, di kawasan pergunungan yang sejuk, kita dapat melihat padang pasir dan rerumput yang hidup subur melata.Pemandangan ketika matahari terbit boleh dilihat dengan jelas sekali dan sangat indah. Walaupun perjalanan ke Bromo sangat berdebu, tapi tidak terasa jauhnya, kerana keindahan pemandangannya yang sangat luar biasa.
Kepercayaan
suntingBagi penduduk Bromo, Orang Tengger, Gunung Bromo dipercayai sebagai gunung suci. Setahun sekali masyarakat Tengger mengadakan upacara Yadnya Kasada. Upacara ini dijalankan di sebuah pura yang berada di bawah kaki Gunung Bromo utara dan dilanjutkan ke puncak gunung Bromo. Upacara diadakan pada tengah malam hingga dini hari setiap bulan purnama sekitar tanggal 14 atau 15 di bulan Kasodo (kesepuluh) menurut penanggalan Jawa.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Tengger Caldera". Program Volkanisme Global, Institusi Smithsonian. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0603-31=. Diperolehi 2010-03-10.
- ^ en Roorda, Gericke (1901). "brahma". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 32: Ba-BaTa. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 2: 667 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari.
of (gew. Wk.) brama...KN. eigennaam van een Bathårå, en van een berg in het oosten van Java... (Skr. nomin. Brahmâ, eigennaam van de eerste Godheid in de Indische Drieëenheid).
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gunung Bromo |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Bromo-Tengger-Semeru National Park. |
- Photos of the 2010/11 eruption of Bromo
- Villagers use sarongs to catch offerings thrown by Hindu worshipers into the crater of Mount Bromo from The Daily Telegraph
- Aiuppa A., P. Bani, Y. Moussallam, R. Di Napoli, P. Allard, H. Gunawan, M. Hendrasto, G. Tamburello (2015) First determination of magma-derived gas emissions from Bromo volcano, eastern Java (Indonesia). J. Volcan. Geotherm. Res. 304, 206–213, 2015