Gunung Keriang merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. [1]

Gunung Keriang
Titik tertinggi
Ketinggian217.9 m (715 ka)


Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter dari paras laut dan 99 meter dari paras jalan. Terletak di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.

Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.

Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting


Pautan luar

sunting