Han Ga-in (lahir Kim Hyun-joo pada 2 Februari 1982) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal menerusi drama Moon Embracing the Sun.

Han Ga-in
Pada April 2018
Kelahiran
Kim Hyun-joo

(1982-02-02) 2 Februari 1982 (umur 42)
PendidikanUniversiti Kyung Hee - Pengurusan Pelancongan
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002 - sekarang
EjenJ. One Plus Entertainment (2009-2011)
BH Entertainment (2012-sekarang)
PasanganYeon Jung-hoon
Anak-anak1
Tandatangan
Han Ga-in
Hangul
Perumian SemakanHan Ga-in
McCune–ReischauerHan Kain

Karier sunting

Ketika masih seorang pelajar sekolah tinggi, Han muncul di dalam rancangan kuiz TV dan juga dilihat dalam rakaman temubual bersama pelajar lain. Pencari bakat hiburan melihat beliau di dalam klip berita dan dengan segera pergi ke sekolahnya dan menawarkan beliau tawaran lakonan.[1] Beliau membuat kemunculan pertama di dalam iklan komersial Asiana Airlines pada tahun 2002 dan telah dipilih untuk berlakon di dalam drama KBS2, Sunshine Hunting. Beliau juga muncul dalam drama Yellow Handkerchief dan membuat penampialn filem pertamanya di dalam Once Upon a Time in High School. Pada tahun 2004, beliau dipilih sebagai watak utama di dalam drama Terms of Endearment dan memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama KBS.[2]

Pada tahun 2005, Han membintangi drama Super Rookie yang mencapai rating setinggi 20%. Han kemudiannya memenangi Anugerah Kecemerlangan di Anugerah Drama MBC. Drama ini juga diterima dengan baik oleh penonton di Jepun dan meningkatkan populariti beliau di negara tersebut. Ia disusuli dengan watak utama di dalam drama Dr. Kkang dan Witch Yoo Hee.

Selepas Witch Yoo Hee selesai pada tahun 2007, Han secara terbuka mengkritik pengarah dan penulis drama tersebut kerana kualiti drama yang rendah/ Beliau kemudiannya rehat daripada lakonan selama tiga tahun dan hanya muncul dalam iklan.

Kerap kali dikategorikan sebagai bintang CF, Han mahu mengubah tanggapan tersebut menerusi kemunculan semula beliau pada tahun 2010.[3] Han muncul di dalam Bad Guy.[4][5][6][7][8][9][10]

2012 terbukti merupakan tahun terbaik dalam karier Han. Beliau muncul di dalam drama, Moon Embracing the Sun dimana beliau melakonkan watak wanita utama. Drama ini mencapai rating penonton setinggi 42.2 peratus.[11][12] Ia disusuli dengan watak utama di dalam filem romantik, Architecture 101.

Han diuruskan oleh J. One Plus Entertainment dari tahun 2009 sehingga 2011.[13][14][15] Selepas kontrak beliau bersama agensi itu tamat, beliau menyertai BH Entertainment pada bulan Disember 2012.[16]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan pelakon, Yeon Jung-hoon pada 26 April 2005. Mereka sebelum ini membintangi bersama-sama dalam drama tahun 2003, Yellow Handkerchief.[17][18] Selepas keguguran pada tahun 2014,[19][20][21][22] agensi beliau mengesahkan pada bulan November 2015 bahawa Han sedang mengandung 6 bulan.[23][24] Pada 13 April 2016, beliau melahirkan anak pertamanya iaitu seorang perempuan di sebuah hospital di Seoul. Ia merupakan anak pertamanya selepas sepuluh tahun berkahwin bersama Youn Jung-hoon.

Filmografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2002 Sunshine Hunting Joo-Young KBS2
2003 Yellow Handkerchief Jo Sun-joo KBS1
2004 Terms of Endearment Kang Eun-pah KBS2
2005 Super Rookie Lee Mi-ok MBC
2006 Dr. Kkang Kim Yoo-na MBC
2007 Witch Yoo Hee Ma Yoo-hee SBS
2010 Bad Guy Moon Jae-in SBS
2012 Moon Embracing the Sun Heo Yeon-woo/Wol MBC

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan
2004 Once Upon a Time in High School Eun-joo
2012 Architecture 101 Yang Seo-yeon

Video muzik sunting

Tahun Lagu Artis
2005 "Only Wind, Only Wind" SG Wannabe
2012 "Yeosu Night Sea" Busker Busker

Rancangan varieti sunting

Tahun Tajuk Saluran Nota
2003 Comedy Town SBS
Entertainment Weekly KBS2 Pengacara
2012 Running Man SBS Tetamu, episod 87[25]

Rujukan sunting

  1. ^ "History Attests to Korean Stars' All-Natural Looks". The Chosun Ilbo. 6 June 2006. Retrieved 2012-10-08.
  2. ^ "Han Ga-in struggles to overcome innocent image". Korea Joongang Daily. 4 April 2012. Retrieved 2012-10-08.
  3. ^ "Top Actresses Heading Toward Small Screen". The Korea Times. 8 Februari 2010. Retrieved 2012-10-08.
  4. ^ "Press conference for drama Bad Guy". 10Asia. 31 Mac 2010. Retrieved 2012-10-08.
  5. ^ "The six actors of TV series Bad Guy". 10Asia. 31 Mac 2010. Retrieved 2012-10-08.
  6. ^ "Kim Jae-wook says Kim Nam-gil "like a time bomb" - Part 1". 10Asia. 20 Mei 2010. Dicapai pada 2012-11-18.
  7. ^ "Kim Jae-wook says Kim Nam-gil "like a time bomb" - Part 2". 10Asia. 20 Mei 2010. Dicapai pada 2012-11-18.
  8. ^ "Will Kim, Han create magic thru Bad Boy". The Korea Times. 25 Mei 2010. Retrieved 2012-10-08.
  9. ^ "INTERVIEW: Bad Boy actresses Han Ga-in and Oh Yun-soo". 10Asia. 16 Jun 2010. Retrieved 2012-10-08.
  10. ^ "Han Ga-in's Song Picks". 10Asia. 6 September 2010. Retrieved 2012-10-08.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-15. Dicapai pada 2016-09-26.
  12. ^ http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/article/html/005/2950005.html
  13. ^ "Han Ga-in signs with Kim Ha-neul's agency". 10Asia. 29 October 2009. Retrieved 2012-10-08.
  14. ^ "Official Han Ga-in website open today". 10Asia. 27 May 2010. Retrieved 2012-10-08.
  15. ^ "Han Ga-in renews contract with J.One+ Entertainment". 10Asia. 15 September 2011. Retrieved 2012-10-08.
  16. ^ "Han Ga-in Joins Lee Byung-hun's Agency". 10Asia. 23 Disember 2012. Dicapai pada 2012-12-27.
  17. ^ "Yeon Jung-hoon and Han Ka-in Register Their Marriage". KBS Global. 26 April 2005. Dicapai pada 2012-11-18.
  18. ^ "Han Ga-in says she wants a son like Yeon Jung-hoon". Korea JoongAng Daily. 15 November 2012. Dicapai pada 2012-11-18.
  19. ^ "Actress Han Ga-in pregnant with first child". The Korea Herald. 22 April 2014. Dicapai pada 2014-04-24.
  20. ^ "1st baby for celebrity couple". Korea JoongAng Daily. 23 April 2014. Dicapai pada 2014-04-23.
  21. ^ "Actor Couple Have Baby on Way After Nearly a Decade". The Chosun Ilbo. 23 April 2014. Dicapai pada 2014-04-23.
  22. ^ "Han Ga-in miscarried: agency". Korea JoongAng Daily. 25 September 2014. Dicapai pada 2014-10-12.
  23. ^ "Actress Han Ga-in to be mother". The Korea Times. 23 November 2015. Dicapai pada 2015-12-08.
  24. ^ "Han Ga-in, Youn Jung-hoon are expecting". Korea JoongAng Daily. 24 November 2015. Dicapai pada 2015-12-10.
  25. ^ "Han Ga-in to appear on Running Man". Korea Joongang Daily. 21 Mac 2012. Retrieved 2012-10-08.

Pautan luar sunting