Han Hyo-joo (lahir 22 Februari 1987) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal dengan lakonannya di dalam drama Brilliant Legacy (2009), Dong Yi (2010) dan W - Two Worlds (2016).

Han Hyo-joo
Kelahiran (1987-02-22) 22 Februari 1987 (umur 37)
PendidikanUniversiti Dongguk (Teater dan Perfileman)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003–sekarang
Ejen
  • BH Entertainment (Korea Selatan)
  • FlaMme (Jepun)
Nama Korea
Hangul한효주
Perumian SemakanHan Hyo-ju
McCune–ReischauerHan Hyo-ju

Kehidupan awal sunting

Han Hyo-joo lahir di Cheongju, Chungcheong Utara. Ibu beliau merupakan seorang guru sekolah rendah sebelum menjadi seorang pemeriksa untuk sekolah awam. Bapa beliau merupakan seorang pegawai tentera udara. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau cemerlang dalam sukan terutamanya sukan olahraga. Ketika tahun kedua sekolah tinggi, beliau berpindah ke Seoul dan menghadiri Sekolah Tinggi Bulgok walaupun dibantah oleh bapanya. Beliau kemudiannya memasuki Universiti Dongguk dimana beliau mengambil jurusan teater dan perfileman.

Kerjaya sunting

2003–2006 sunting

Han pertama pertama kali dikenali selepas mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan ratu cantik remaja anjuran Binggrae pada tahun 2003. Beliau memulakan karier lakonannya dalam sitkom Nonstop 5 dan filem komedi, My Boss, My Teacher. Han kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam Spring Waltz, drama keempat dan yang terakhir dalam siri "Endless Love" arahan pengarah, Yoon Seok-ho.[1] Pada tahun 2006, pengarah Lee Yoon-ki memilih Han untuk membintangi filem berbajet rendah, Ad-lib Night. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea dan Festival Filem Antarabangsa Singapura untuk persembahan lakonannya.

2007–2010 sunting

Han kemudiannya membintangi drama KBS1, Like Land and Sky bersama Park Hae-jin pada tahun 2007 dan drama SBS, Iljimae bersama Lee Joon-gi pada tahun 2008. Kedua-dua drama mencapai rating tontonan yang memberangsangkan. Selepas itu, beliau membintangi sebuah lagi filem indie, Ride Away yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Jeonju 2008. Han membintangi filem penerbitan bersama Korea-Jepun, Heaven's Postman pada tahun 2008. Selepas beberapa kali ditangguhkan, filem ini ditayangkan di teater pada lewat tahun 2009 dan disiarkan di TV pada tahun 2010.

Drama yang melonjakkan nama Han adalah Brilliant Legacy yang juga dibintangi Lee Seung-gi. Drama ini terkenal pada tahun 2009 dengan mencapai rating tontonan setinggi 47.1%. Drama ini berjaya melonjakkan populariti Han dan selepas drama ini tamat, beliau menerima pelbagai kontrak pengiklanan serta mencapai peningkatan populariti di Asia.[2] Kemudiannya pada tahun itu, Han membintangi drama muzikal, Soul Special. Drama ini disiarkan dalam dua belas segmen di pelbagai portal dalam talian dengan saluran KBS Joy menyiarkan keseluruhan drama dalam empat bahagian.

Pada tahun 2010, Han melakonkan watak utama dalam projek ulang tahun ke-49 MBC, Dong Yi.[3] Han memenangi beberapa anugerah untuk peranannya sebagai Choi Suk-bin termasuk Anugerah Daesang (Anugerah Utama) di Anugerah Drama MBC dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai bintang Hallyu.

2011–2015 sunting

 
Han Hyo-joo pada bulan Oktober 2013

Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak seorang pemasar dalam talian yang buta di dalam filem melodrama, Always yang juga dibintangi So Ji-sub.[4] Filem arahan Song Il-gon ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Busan 2011. Han kemudiannya menyumbangkan suara untuk filem Jepun, My Back Page.[5] Han kemudiannya melakonkan watak ratu kepada Gwanghae di dalam filem sejarah tahun 2012, Masquerade yang menjadi salah satu filem Korea Selatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Beliau kemudiannya membintangi filem Love 911 bersama Go Soo.[6]

Han membintangi bersama-sama Sol Kyung-gu dan Jung Woo-sung di dalam filem aksi seram ngeri, Cold Eyes. Filem merupakan sebuah buatan semula filem Hong Kong tahun 2007, Eye in the Sky. Filem ini mendominasi box office selepas ia ditayangkan dan merupakan salah satu filem domestik dengan kutipan tertinggi pada tahun 2013.[7] Beliau memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon dan Anugerah Filem Buil.

Pada tahun 2014, Han bersatu semula bersama bintang Love 911, Go Soo di dalam filem pendek, Myohyangsangwan yang menggambarkan pertemuan seorang pelukis Korea Selatan dan seorang pelayan restoran Korea Utara di dalam sebuah restoran Korea Utara. Filem ini merupakan sebuah kolaborasi bersama Moon Kyung-won dan Jeon Joon-ho. Beliau kemudiannya membintangi filem Jepun pertamanya, Miracle Devil Claus' Love and Magic.[8]

Pada tahun 2015, Han membintangi filem muzikal biopik, C'est Si Bon yang menceritakan tentang kumpulan muzik Twin Folio yang aktif dari 1960-an hingga 80-an.[9] Ia disusuli dengan filem romantik komedi, The Beauty Inside dimana karakter Han jatuh cinta dengan seorang lelaki yang berubah menjadi orang berbeza setiap hari.[10] Han kemudiannya membintangi filem Love, Lies yang menggambarkan cerita terakhir gisaeng ketika pendudukan Jepun semasa era 1940-an.

2016–sekarang sunting

Pada tahun 2016, Han bersama-sama Lee Jong-suk membintangi drama fantasi thriller, W yang disiarkan menerusi saluran MBC. Diarahkan oleh Jung Dae-yoon, ia merupakan kemunculan kembali Han dalam drama televisyen selepas 6 tahun.[11] Beliau memenangi Anugerah Kecemerlangan Tertinggi di Anugerah Bintang APAN ke–5 dan Anugerah Drama MBC untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini. Pada tahun 2017, Han telah dipilih untuk berlakon di dalam filem thriller, Golden Slumber bersama Kang Dong-won.[12] Beliau juga telah dipilih untuk melakonkan watak utama di dalam filem In-rang, berdasarkan anime Jepun.[13]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 My Boss, My Teacher Yoo Mi-jung
Ad-lib Night Bo-kyung filem bebas
2008 Ride Away Im Ha-jung
My Dear Enemy Wanita di perhentian bas/
suara di telefon
kameo
2009 Heaven's Postman Jo Hana / Saki telesinema
(juga disiarkan dalam SBS)
2011 Always Ha Jeong-hwa
2012 Masquerade Raja Permaisuri
Love 911 Mi-soo
2013 Cold Eyes Ha Yoon-ju
2014 Miracle Devil Claus' Love and Magic So-yeon filem Jepun
View of Mount Myohyang Oh Yeong-ran filem pendek
2015 C'est Si Bon Min Ja-young (20-an)
The Beauty Inside Yi-soo
2016 Love, Lies Jung So-yul
2018 Golden Slumber Sun-young
In-rang Lee Yoon-hee

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2005 Nonstop 5 Han Hyo-joo MBC
2006 Spring Waltz Seo/Park Eun-young KBS2
2007 Like Land and Sky Suk Ji-soo KBS1
2008 Iljimae Eun-chae SBS
2009 Brilliant Legacy Go Eun-sung
Soul Special Jin Mi-ah KBS Joy
2010 Dong Yi Choi Dong-yi (kemudiannya Choi Suk-bin) MBC
2016 W - Two Worlds Oh Yeon-joo

Video muzik sunting

Tahun Lagu Artis
2004 "I Love You" Simply Sunday
2005 "You Just Being in This World" Position
"Paris" Epik High
2006 "Farewell is..." U
"Tree" Kwon Jin-won
2009 "They Are Men" Lee Woo-sang
"Because I Couldn't Say that I Love You" K.Will
"Are You Serious?" Rumble Fish
2010 "Don't You Know" Han Hyo-joo feat. No Reply
2012 "I Choose to Love You" Hyolyn
"I Love You" Han Hyo-joo feat. Sweet Sorrow
"Hide and Seek" Han Hyo-joo feat. Broccoli, You Too?

Rancangan varieti sunting

Tahun Tajuk Saluran Nota
2005 Love Letter SBS Tetamu (episod 26-27, 30-31, 34-35)
X-Man SBS Tetamu (episod 110-111, 114-115)
2005-2006 Inkigayo (Popular Music) SBS Pengacara
2006 Come To Play MBC Tetamu (episod 82)
2007 Golden Fishery MBC Tetamu (episod 27)
Are You Ready KBS2 Tetamu (episod 1)
Ya Shim Man Man SBS Tetamu (episod 204)
2008 Park Kyung-lim's
Wonderful Outing
MBC Tetamu (episod 24)
Star N The City XTM Road Trip to USA
2009 Ya Shim Man Man SBS Tetamu - Istimewa Brilliant Legacy
Girls on Top Season 2 SBS MTV Tetamu
Sunday Sunday Night - Danbi MBC Tetamu (episod 3)
2010 You Hee-yeol's Sketchbook KBS2 Tetamu (episod 71)
2012 Running Man SBS Tetamu (episod 123-124)
Cultwo Show SBS Tetamu (episod 828)
2013 Running Man SBS Tetamu (episod 151-152)
2016 2 Days & 1 Night Musim 3 KBS Tetamu (episod 118-120)

Diskografi sunting

Tahun Lagu Artis Album
2005 "It's the First Time" Han Hyo-joo OST Nonstop 5
2008 "Ride Away" Han Hyo-joo OST Ride Away
2009 "Sudden Burst of Tears" Gan-D feat. Han Hyo-joo OST Soul Special
"바람이 불어... 널 이별해 (Prologue)" Narration by Han Hyo-joo Love Tonic
2010 "Oh Seoul" My-Q feat. Han Hyo-joo For This, I Was Born
"Don't You Know" No Reply feat. Han Hyo-joo Festival Grand Mint 2010
2011 "You" Browneyed Soul feat. Han Hyo-joo Brown Eyed Soul
"8 A.M." My-Q feat. Han Hyo-joo Ready For The World
"Alone in Love" Lee Seung-gi feat. Ra.D
(penceritaan oleh Han Hyo-joo)
2012 "I Love You" Han Hyo-joo feat. Sweet Sorrow Lagu Iklan Ulang Tahun ke–5 fLG Su:m37
"Hide and Seek" Han Hyo-joo feat. Broccoli, You Too?
2015 "Let us forget" Han Hyo-joo OST C'est Si Bon
"I'll Give It All To You" Han Hyo-joo feat. Jung Woo
2016 "Love, Lies" Han Hyo-joo OST Love, Lies
"Spring lady" Han Hyo-joo feat. Chun Woo-hee

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2003 Pertandingan Ratu Cantik Binggrae Smile ke–9 Anugerah Utama Menang
2006 Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–26 Pelakon Baru Wanita Terbaik Ad-lib Night Menang
Anugerah Drama KBS Pelakon Baru Wanita Terbaik Spring Waltz Tercalon
2007 Festival Filem Antarabangsa Singapure ke–20 Pelakon Wanita Terbaik Ad-lib Night Menang
Anugerah Swan Pemakaian Terbaik Korea ke–24 Pemakaian Terbaik Menang
Anugerah Drama KBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Park Hae-jin Like Land and Sky Menang
Anugerah Populariti Menang
Pelakon Baru Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Harian Tercalon
2008 Anugerah Korea Jewelry Pertama Anugerah Mutiara Menang
Anugerah Drama SBS Anugerah Bintang Baru Iljimae Menang
2009 Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–4 Anugerah Bintang Menang
Anugerah Pilihan Mnet 20's ke–3 Bintang Drama Wanita Hangat Brilliant Legacy Menang
Anugerah Drama SBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Lee Seung-gi Menang
Bintang 10 Teratas Menang
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Perancangan Khas Menang
2010 Anugerah Seni Baeksang ke–46 Pelakon Wanita Terbaik (TV) Tercalon
Anugerah Drama Antarabangsa Seoul ke–5 Pelakon Wanita Korea Cemerlang Menang
Anugerah Drama Korea ke–3 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Dong Yi Menang
Anugerah Drama MBC Daesang (Anugerah Utama) Menang
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Tercalon
Anugerah Populariti Menang
2011 Anugerah TV Berbayar Hong Kong Pertama Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Seni Baeksang ke–47 Pelakon Wanita Terbaik (TV) Menang
Hari Pembayar Cukai ke–45
(diberikan oleh Kementerian Strategi dan Kewangan)
Pujian Presiden sebagai Pembayar Cukai Jujur Menang
2012 Anugerah Bintang Popular 10 Teratas Asia CETV Anugerah Bintang Hallyu Menang
2013 Anugerah Seni Baeksang ke–49 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Love 911 Tercalon
Anugerah Filem Buil ke–22 Pelakon Wanita Terbaik Cold Eyes Menang
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–33 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Filem Blue Dragon ke–34 Pelakon Wanita Terbaik Menang
2014 Anugerah Filem Asia ke–8 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2015 Anugerah Grand Bell ke–52 Pelakon Wanita Terbaik The Beauty Inside Tercalon
Anugerah Filem Blue Dragon ke–36 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Persatuan Pelakon Filem Korea Anugerah Bintang Terkenal Menang
2016 Anugerah Max Movie ke–11 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Seni Baeksang ke–52 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Anugerah Filem Buil ke–25 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Bintang APAN ke–5 Daesang (Anugerah Utama) W - Two Worlds Tercalon
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Menang
Anugerah Pasangan Terbaik bersama Lee Jong-suk Tercalon
Anugerah Bintang Asia BIFF bersama Marie Claire ke–4 Anugerah Bintang Asia Love, Lies Menang
Anugerah Artis Asia Pertama Anugerah Artis Terbaik, Pelakon Wanita W - Two Worlds Tercalon
Anugerah Drama MBC Daesang (Anugerah Utama) Tercalon
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Menang
Anugerah Pasangan Terbaik bersama Lee Jong-suk Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Han reserves seat as next Jiwoohime". The Korea Herald via Hancinema. 30 Januari 2006.
  2. ^ "Lee, Han Picked as Rising Ad Models". The Korea Times. 24 September 2009.
  3. ^ "Han Hyo-joo Changes Tack in Costume Drama". The Chosun Ilbo. 13 April 2010.
  4. ^ So Ji-sub, Han Hyo-joo start filming new pic. 10Asia. 4 April 2011.
  5. ^ "Han Hyo-Ju, an honorary ambassador of Barrier Free Movie, for deaf-blinds". Innolife. 13 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-24. Dicapai pada 2016-08-02.
  6. ^ "Ko Soo, Han Hyo-joo Ask to Dial Love 911". 10Asia. 22 November 2012.
  7. ^ "Han Hyo-joo Celebrates Cold Eyes Records". 10Asia. 30 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-28. Dicapai pada 2016-08-02.
  8. ^ "HAN Hyo-joo to Take Lead Role in Japanese Film". Korean Film Council. 27 Disember 2013.
  9. ^ "KIM Yun-seok, HAN Hyo-joo Board Music Biopic". Korean Film Council. 11 Mac 2014.
  10. ^ "Actress Han stars opposite 21 men". Korea JoongAng Daily. 14 Ogos 2015.
  11. ^ "Han Hyo-joo to return to TV after 6 years". The Korea Times. Dicapai pada 7 April 2016.
  12. ^ "[단독] 강동원·한효주·김성균·김대명·김의성, '골든슬럼버' 꿈의 라인업 완성". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). 22 Disember 2016.
  13. ^ Jean Noh (17 Julai 2017). "'The Good, The Bad, The Weird' director Kim Jee-woon sets cast, shoot date for new sci-fi". Screen Daily. Dicapai pada 20 Julai 2017.

Pautan luar sunting