Hana Yori Dango 2花より男子 (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Boys Over Flowers) merupakan sebuah drama televisen Jepun yang pernah ditayang di stesen televisyen TBS dari 5 Januari 2007 hingga 16 Mac 2007 . Drama ini diadaptasi dari sebuah drama dari Taiwan, Meteor Garden dan sebuah manga yang nama tajuknya yang sama. Lagu tema drama ini ialah Love so sweet dari kumpulan watak lelaki utama iaitu Matsumoto Jun, Arashi dan Flavor of Life-Ballad Version dari Utada Hikaru.

Sinopsis sunting

Cerita ini sambung selepas Tsukasa pergi ke New York untuk melanjutkan pelajarannya. Selepas Makino meluahkan isi hatinya bahawa dia suka pada Tsukasa, dia tidak dapat menghubungi selama setahun. Dalam cuti musim Hari Kristmas, Makino membuat keputusan bahawa dia akan pergi ke New York untuk berjumpa dengan Tsukasa dengan pertolongan daripada F4.

Selepas Makino dan F4 berjumpa Tsukasa semula, Tsukasa sudah menjadi orang lain dengan pendirian yang baru dan berbeza dengan yang lama. Makino balik ke Jepun menyesal berjumpa dengan Tsukasa yang baru.

Selepas beberapa bulan, Tsukasa balik ke Jepun untuk menyambut hari jadinya secara besar-besaran anjuran maknya. Makino dijemput ke hari jadinya oleh mak Tsukasa tetapi acara itu menjadi panas apabila mak Tsukasa mengumum pertunangan anaknya dengan anak seorang perusahaan yang kaya iaitu Okawahara Shigeru. Makino terkejut dan masalah baru datang iaitu Rui mulai suka pada dia... Wujud cinta segi empat...

Banyak halangan mereka akan tempuhi dalam hidup mereka... Adakah mereka akan bertahan sampai ke akhir hayat? Itulah dinamakan cinta sejati...

Sumber: wiki.d-addicts.com

Watak-watak sunting

  • Inoue Mao sebagai Makino Tsukushi
  • Matsumoto Jun sebagai Doumyoji Tsukasa - ketua kumpulan F4
  • Oguri Shun sebagai Hanazawa Rui - ahli kumpulan F4
  • Matsuda Shota sebagai Nishikado Sojiro - ahli kumpulan F4
  • Abe Tsuyoshi sebagai Mimasaka Akira - ahli kumpulan F4
  • Nishihara Aki sebagai Matsuoka Yuuki
  • Kato Natsuki sebagai Okawahara Shigeru
  • Seto Saki sebagai Asai Yuriko
  • Fukada Aki sebagai Ayuhara Erika
  • Matsuoka Emiko sebagai Yamano Minako
  • Sato Megumi sebagai Sanjou Sakurako
  • Sada Mayumi sebagai Toudou Shizuka
  • David Ito sebagai Nishida
  • Kato Takako sebagai Sengoku Sachiyo
  • Tomiura Satoshi sebagai Makino Susumu (Abang Tsukushi)
  • Kobayashi Susumu sebagai Makino Haruo (Ayah Tsukushi)
  • Ishino Mako sebagai Makino Chieko (Ibu Tsukushi)
  • Matsushima Nanako sebagai Domyoji Tsubaki (Kakak Tsukasa)
  • Kaga Mariko sebagai Domyoji Kaede (Ibu Tsukasa)

Anugerah sunting

  • 52nd Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Drama
  • 10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Actress - (Inoue Mao)
  • 10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Supporting Actor - (Matsumoto Jun)

Fakta sunting

  • Dalam episod pertama, ada artis undangan iaitu Ikuta Toma sebagai orang jahat yang ingin balas dendam pada Tsukasa.
  • Pada 28 Jun 2008, Hana Yori Dango Final akan disiarkan di Jepun tetapi bukan drama sebaliknya filem. Filem ini mengenai Makino dan Tsukasa ingin berkahwin tetapi tiara sudah hilang dan mereka melancong serata dunia untuk mencarinya supaya dapat berkahwin. Dengan ini, merapatkan lagi hubungan mereka. Tetapi Makino rasa yang Rui mengambil tiara itu kerana Makino ternampak Rui tengah bersembang dengan orang asing. Perkara ini menyebabkan hubungan Makino dan Tsukasa goyah dan Makino berfikir adakah dia akan bahagia jika dia berkahwin dengan Tsukasa.
  • Lagu 'Flavor of Life-Ballad Version' dan 'Love So Sweet' menjadi juara carta lagu di Jepun selama 3 minggu. Lagu Flavor of Life-Ballad Version mendapat no.2 lagu yang paling dimuat turun pada tahun 2007.

Pautan luar sunting