Hari Peringatan Holokus Antarabangsa

Hari Peringatan Holokus Antarabangsa merupakan hari peringatan antarabangsa pada 27 Januari bagi memperingati mangsa-mangsa Holokus, di mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu mengakibatkan kematian kira-kira 6 juta orang Yahudi, 2 juta orang Gipsi, 250 ribu orang kurang upaya fizikal dan mental serta 9,000 lelaki homoseksual, yang dilakukan oleh rejim Nazi dan pihak yang bersekongkol dengannya. Ia ditetapkan oleh resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 60/7 pada 1 November 2007 ketika sesi plenari ke-42.[1] Resolusi itu dibuat selepas satu sesi khas yang diadakan pada awal tahun itu iaitu pada 24 Januari 2005 oleh Perhimpunan Agung PBB, yang menandakan ulang tahun ke-60 pembebasan kem-kem tahanan Nazi dan berakhirnya Holokus.[2]

Hari Peringatan Holokus Antarabangsa
هاري ڤرايڠتن هولوکوس انتارابڠسا
Upacara peringatan di Sweden
KepentinganMemperingati mangsa-mangsa Holokus yang telah terbunuh
Tarikh27 Januari
KekerapanTahunan

Tema sunting

Tahun Tema
2016 "Holokus dan Martabat Manusia"
2015 "Kebebasan, Kehidupan dan Legasi Mangsa Holokus yang Terselamat"
2014 "Perjalanan melalui Holokus"
2013 "Penyelamatan ketika Holokus: Keberanian untuk Keprihatinan"
2012 "Kanak-kanak dan Holokus"
2011 "Wanita dan Holokus: Keberanian dan Kasih Sayang"
2010 "Memperingati Holokus: Legasi yang Masih Terselamat"
2009 "Satu Asas yang Sahih: Memperingati Holokus dan Pendidikan"
2008 Peringatan 2008
2007 Peringatan 2007
2006 Peringatan 2006

Rujukan sunting

  1. ^ "The Holocaust and the United Nations Outreach Programme" (dalam bahasa Inggeris). United Nations. 1 November 2005. Dicapai pada 27 Januari 2012.
  2. ^ "28th Special Session of the General Assembly" (dalam bahasa Inggeris). United Nations. 24 Januari 2005. Dicapai pada 27 Januari 2012.

Pautan luar sunting