Heckler & Koch UMP
Heckler & Koch Universal Machinenpistole (Universal Machine Pistol) atau lebih dikenali sebagai HK UMP merupakan sebuah senjata submesingan yang direka cipta oleh syarikat persenjataan terkemuka di Jerman iaitu Heckler & Koch.
Heckler & Koch UMP | |
---|---|
Jenis | Submesingan |
Tempat asal | Jerman |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Jerman |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Heckler & Koch |
Spesifikasi | |
Berat | 2.3 kg (5 lb) berisi peluru (UMP45) 2.1 kg (4.6 lb) berisi peluru (UMP40, UMP9) |
Panjang | 450 mm (17.7 inci), udi tetap 690 mm (27.2 in), udi boleh lipat |
Panjang laras | 200 mm (8 in) |
Kartrij | |
Aksi | Tendang balas, bolt tertutup |
Kadar tembakan | 600 butir/min |
Jarak tembakan efektif | 100 m |
Sistem suapan |
|
Pengenalan
suntingHeckler & Koch UMP ialah salah satu evolusi daripada sistem senjata MP5 yang sedia ada dan ia seperti satu kerangka submesingan yang belum siap sepenuhnya. Reka bentuk amat mudah dan semua tombol kawalan diletakkan pada kedudukan yang mampu memberikan pengguna mengendalikannya dengan pantas dan berkesan.
Bahagian badan UMP diperbuat daripada bahan gentian kaca dan digabungkan dengan bahan plastik polimer yang menjadikan senjata ini bertambah kukuh dan ringan. Tambahan lagi, berat UMP bagi kaliber 9 mm ini ialah 0.45 kg (bersamaan 1 lb) beratnya dengan peralatan bagi MP5. Sistem ini menggunakan kitaran mekanikal dengan melalui sistem gas dan juga menggunakan sistem bolt tertutup yang menjadikannya begitu efektif bagi pertempuran jarak dekat. Selain itu, terdapat tapak bagi memasang landasan Picatinny pada bahagian atas dan bawah laras serta kiri dan kanan pengadang tangan yang membolehkan ia boleh dikembarkan dengan mana-mana peralatan sokongan bagi pengoperasiannya di kawasan pertempuran. Bahagian udinya boleh dilipatkan ke sebelah kanan senjata dengan menekan butang pada bahagian belakang udi ke bahagian dalam. Sistem ini melaksanakan tembakan sebanyak 600 butir dalam seminit dan berkemampuan menjatuhkan sasaran yang tidak dilindungi dengan peralatan perlindungan, atau lebih dikenali sebagai stopping power. Sistem ini menggunakan 3 kekunci utama yang sama seperti senjata-senjata HK yang lain, iaitu S: Safe; Pengunci (Sicher), E: Separa Automatik (Einzelschuss), F: Semburan Automatik (Feuerstoß).
Kos pembuatan bagi senjata UMP ini juga dikatakan jauh lebih murah berbanding dengan senjata Heckler & Koch MP5. Hal ini boleh dilihat dengan reka bentuknya yang nampak jauh lebih mudah berbanding dengan senjata-senjata submesingan yang lain. Hal ini menjadikan sistem ini mampu dibeli oleh mana-mana organisasi keselamatan yang mempunyai pembelanjaan negara yang sederhana dan terhad.
Versi
suntingTerdapat 3 versi bagi senjata UMP yang terdiri daripada UMP45 yang menggunakan peluru berkaliber .45 ACP, UMP40 berkaliber .40 S&W dan UMP9 bagi kaliber 9 mm. Setiap kelopak bagi UMP ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kelopak 25 butir bagi .45 dan kelopak 30 butir bagi 9 mm dan .40 S&W. Versi kelopak .45 sebanyak 25 butir mempunyai bentuk segi empat memanjang dan lurus manakala 9 mm dan .40 berbentuk segi empat melengkung.
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Heckler & Koch UMP. |
- (Inggeris) The UMP at Modern Firearms
- (Inggeris) Heckler & Koch Inc. USA UMP Info Page
- (Inggeris) HKPRO page on UMP Diarkibkan 2009-01-22 di Wayback Machine
- (Inggeris) UMP Users Manual
- (Inggeris) Nazarian's Gun Recognition Guide - H&K UMP Demonstration
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |