Heidy Quah ialah seorang peguam bela hak sosial Malaysia. Beliau merupakan pengasas dan ketua bagi "Refuge for the Refugees", iaitu sebuah pertubuhan bukan berkeuntungan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keadaan pelarian yang terkesan dan memberi sokongan kepada mereka. Beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang menerima Anugerah Ratu Pemimpin Muda. [1] [2]

Heidy Quah
柯玉莉
Pusat pendidikanUniversiti Hertfordshire
AnugerahAnugerah Ratu Pemimpin Muda

Quah dilahirkan dan dibesarkan di Damansara Jaya . [3] Beliau lulus dengan ijazah sarjana muda dalam Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Hertfordshire . Sebelum menubuhkan "Refuge for the Refugees", beliau merancang untuk bekerja di sebuah firma Perakaunan. [4] [5]

Advokasi sunting

Selepas menamatkan sekolah menengah, Quah memutuskan secara sukarela untuk berkhidmat sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah bagi pelarian di Kuala Lumpur . Sekolah tersebut sangat sempit dan sesak di mana makanan juga sering tidak mencukupi. Sekolah tersebut terletak jauh dari tempat tinggal ahli pelarian dan mereka sering diberhentikan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat. Namun begitu, anak-anak muda pelarian tetap gigih dalam mendapatkan pendidikan. Hal tersebut menyebabkan Quah menyoal dirinya kerana pernah merayu untuk tidak hadir ke sekolah. Keadaan ahli pelarian tersebut membuatkan diri beliau berasa lebih beruntung. [4] [6] [3]

Namun begitu, guru besar sekolah tersebut telah memaklumkan Quah bahawa pusat itu akan ditutup disebabkan kekurangan dana—Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan untuk tidak memperbaharui penajaannya. Maka bersama-sama rakan sukarelawannya, Andrea Prisha, Quah menjual makanan dari rumah ke rumah serta menggunakan media sosial untuk mengumpulkan dana. Dengan usaha tersbut, mereka berjaya dalam memastikan sekolah tersebut beroperasi selama 6 bulan. Selepas itu, pada 2012, Quah menubuhkan pertubuhan "Refuge for the Refugees" bersama rakannya, Andrea Prisha. [6] [5] Malaysia tidak menyokong Konvensyen dan Protokol Pelarian, maka organisasi tersebut menyediakan akses kepada pelarian dari segi pendidikan asas dan penjagaan kesihatan. Pertubuhan tersebut menyediakan latihan vokasional dan keusahawanan kepada pelarian-pelarian demi memastikan kelangsungan hidup mereka. [7] [2] [8] Organisasi tersebut juga menyelamatkan pelarian dari kem tahanan dan sindiket pemerdagangan manusia. Mereka juga melawat komuniti pelarian dan menderma perkakasan serta menyediakan dana. [9] [10]

Quah bergelut menamatkan pengajian universiti sambil menguruskan organisasi tersebut. Beliau mempelajari bahasa Burma dan Chin agar dapat berkomunikasi dengan pelarian. Beliau juga mengikuti kelas Muay Thai untuk memastikan keselamatannya terjamin. Hal ini kerana menyelamatkan pelarian daripada kumpulan penyeludupan telah mendedahkannya kepada pesalah undang-undang. [4] [6]

Quah kekal lantang bersuara menentang tanggapan yang salah dan prejudis terhadap pelarian. Beliau mengetuai kempen kesedaran yang dijalankan oleh organisasi tersebut yang diadakan di pusat membeli-belah dan universiti. "Refuge for the Refugees" telah menubuhkan 10 sekolah di Malaysia dan 25 sekolah di Myanmar. Mereka telah mendidik ribuan pelajar pelarian. [11] [6]

Pada tahun 2022, Quah menyertai Agensi Pekerjaan Kolar Merah Jambu, sebuah perusahaan sosial di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pengambilan yang beretika dalam mengupah pekerja asing. Beliau menguruskan perkembangan perkhidmatan Kolar Merah Jambu tersebut dalam berkhidmat kepada pekerja asing Indonesia dan sektor pembuatan Malaysia, dalam usaha menyokong keadaan buruh yang lebih baik untuk pekerja asing di Malaysia. [12]

Rujukan sunting

  1. ^ Ng, You Jing (7 March 2019). "6 Successful Malaysian Women With Outstanding Achievements". Jobstore Careers Blog. Jobstore Group. Dicapai pada 31 October 2020.
  2. ^ a b Othman, Zaharah (1 July 2017). "Malaysian lass Heidy Quah gets Queen's award for work with refugees | New Straits Times". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Media Prima Group. Dicapai pada 31 October 2020.
  3. ^ a b Fernandez, Petrina (31 October 2020). "Refuge for Refugees founder Heidy Quah on bridging divides with compassion". www.optionstheedge.com (dalam bahasa Inggeris). Edge Communications Sdn Bhd. Dicapai pada 31 October 2020.
  4. ^ a b c Choo, Eris (8 March 2019). "Inspiring women: Heidy Quah". Going Places by Malaysia Airlines. Dicapai pada 31 October 2020.
  5. ^ a b c d Siqi, Wong (6 March 2020). "Humanitarian work is not charity but a responsibility: Refugee advocate Heidy Quah - Thir.st". thir.st. Dicapai pada 31 October 2020.
  6. ^ Fishbein, Emily (16 October 2020). "Refugees cling to hope of resettlement, even as world slams doors". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera Media Network. Dicapai pada 31 October 2020.
  7. ^ ""Heinous" plan to send Rohingya in Malaysia back to sea". www.amnesty.org (dalam bahasa Inggeris). AMNESTY INTERNATIONAL. 19 June 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  8. ^ Chew, Rachel. "Women power: A young girl who dreams big". Edgeprop.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 October 2020.
  9. ^ "Heidy Quah". Vital Voices (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 October 2020.
  10. ^ "Refuge for the Refugees | One Young World". www.oneyoungworld.com. One Young World Limited. Dicapai pada 31 October 2020.
  11. ^ Alhadjri, Alyaa (16 August 2022). "M'sian agency earns global grant for 'safer labour migration' policies". Malaysiakini.com. Dicapai pada 25 October 2022.