Hello Counselor (Hangul안녕하세요; RRAnnyeonghaseyo; lit. Hello) adalah sebuah rancangan hiburan realiti Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 22 November 2010. Ia dibarisi pengacara Shin Dong-yup, Lee Young-ja dan Cultwo (Jung Chan-woo, Kim Tae-gyun). Choi Tae-joon menyertai rancangan ini sebagai pengacara dari 29 Ogos 2016 hingga 4 September 2017. Selepas 8 tahun bertugas sebagai pengacara, Jung Chan-woo telah keluar dari rancangan ini selepas siaran 23 April 2018 kerana masalah kesihatan.[1][2][3]

Menurut keterangan rasmi rancangan ini melalui KBS, Hello Counselor merupakan sebuah rancangan bual bicara yang memfokuskan kepada orang biasa, tidak mengira umur atau jantina, yang bertujuan untuk merapatkan jurang komunikasi dengan berkongsi cerita tentang kehidupan. Episod baru disiarkan pada setiap hari Isnin di KBS2, dan ditayangkan semula bersama sari kata bahasa Inggeris seminggu kemudian di KBS World pada slot waktu yang sama.

Episod sunting

2010-2011 sunting

2012 sunting

2013 sunting

2014 sunting

2015 sunting

2016 sunting

2017 sunting

2018 sunting

Four Helpers sunting

Pada bulan Januari 2016, KBS mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shanghai Media Group untuk rancangan mereka berjudul Four Helpers (四大名助), didakwa bahawa rancangan tersebut telah meniru set studio, reka bentuk, format, sistem undian dan pemarkahan rancangan serta aspek-aspek lain rancangan Hello Counselor. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KBS menuntut penamatan serta-merta rancangan Four Helpers berdasarkan pelanggaran hak penerbitan dan sekiranya siaran diteruskan, pihak KBS akan membabitkan Pentadbiran Penerbitan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Negara Cina dan mengambil tindakan undang-undang.[4]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2011 KBS Entertainment Awards Anugerah Kerja Berpasukan Terbaik Hello Counselor Menang
2012 Grand Prize (Daesang) Shin Dong-yup
(untuk Hello Counselor dan Immortal Songs 2)
Menang
Anugerah Kecemerlangan untuk Rancangan Hiburan (Wanita) Lee Young-ja
(untuk Hello Counselor dan Invincible Youth 2)
Menang
Anugerah Kecemerlangan untuk Rancangan Hiburan (Lelaki) Cultwo
(Jung Chan-woo dan Kim Tae-gyun)
Menang
2013 Menang
49th Baeksang Arts Awards Penghibur Lelaki Terbaik Tercalon
Penghibur Wanita Terbaik Lee Young-ja Tercalon
2014 50th Baeksang Arts Awards Tercalon
2015 51st Baeksang Arts Awards Tercalon
KBS Entertainment Awards Anugerah Kecemerlangan Terbaik untuk Rancangan Hiburan Tercalon
Program Pilihan Penonton Sepanjang Tahun Hello Counselor[5] Tercalon
2016 Grand Prize (Daesang) Shin Dong-yup Tercalon
Program Pilihan Penonton Sepanjang Tahun Hello Counselor Tercalon
Anugerah kecemerlangan Terbaik dalam Rancangan Bualbicara Lee Young-ja Tercalon
Anugerah Pendatang Baru dalam Rancangan Bualbicara Choi Tae-joon Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Jung Da-hoon (April 16, 2018). "[공식입장] '안녕하세요' 측 "23일 방송 후 잠정 하차..이제 우리가 그의 목소리를 들어줄 차례"". Seoul Economic Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 16, 2018.
  2. ^ Jung Yoo-na (April 16, 2018). "[공식] '안녕하세요' 정찬우, 23일 방송 후 잠정 하차…"3MC 체제"". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 16, 2018.
  3. ^ Kim Soo-jeong (April 16, 2018). "'공황장애' 정찬우, 8년 함께한 '안녕하세요' 떠난다". No Cut News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 16, 2018.
  4. ^ Han, In-go. "'안녕' 측 "표절 '사대명조', 구제 요청 및 법적 대응할 것"(공식입장)". Nate News. SK Communications. Dicapai pada January 12, 2016.
  5. ^ Lee, Jun-hyeun. "[Photo] AOA's Sul Hyun attends '2015 KBS Entertainment Awards'". StarN. The StarN News. Dicapai pada January 12, 2016.

Pautan luar sunting