Hibatullah Akhundzada

Presiden tertinggi Taliban dan Afghanistan

Mawlawi Hibatullah Akhundzada (Pashto: ھیبت الله اخوندزاده; lahir 1961)[1] ialah ketua politik dan agama yang bertindak sebagai Komandan Agung pasukan Taliban terkini.[2] Akhundzada memegang gelaran Amirul Mukminin (Pemimpin Orang-Orang Beriman) yang dianugerahkan Taliban seperti komandan-komandan sebelumnya.[3]

Hibatullah Akhundzada
هبت الله اخونزاده
Fail:Mawlawi Hibatullah Akhundzada.jpg
Amirul Mukminin Emiriah Islam Afghanistan
Memegang jawatan
15 Ogos 2021
Didahului olehMohammed Omar
Komandan Agung Taliban
Memegang jawatan
25 Mei 2016
Didahului olehAkhtar Mansour
Butiran peribadi
Lahir1961 (umur 62–63)
Panjwayi, Afghanistan
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanEmiriah Islam Afghanistan Taliban
Tahun perkhidmatan1996–kini
PangkatKomandan Agung

Akhundzada dilaporkan bertanggungjawab mengeluarkan fatwa-fatwa bagi pihak Taliban,[4] dan bertindak sebagai ketua mahkamah syariah Taliban.[1] Tidak seperti para pemimpin Taliban lain, Akhundzada dipercayai masih menetap di Afghanistan sejak perang Afghanistan pada 2001. Dirinya menjadi ketua Taliban pada Mei 2016 susulan pembunuhan penyandang, Akhtar Mansour, dalam sebuah serangan dron.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Afghan Taliban announce successor to Mullah Mansour". BBC News. 25 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2018. Dicapai pada 25 May 2016.
  2. ^ Staff writer (26 May 2016). "Profile: New Taliban chief Mawlawi Hibatullah Akhundzada". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2020. Dicapai pada 12 April 2020.
  3. ^ "Statement by the Leadership Council of Islamic Emirate regarding the martyrdom of Amir ul Mumineen Mullah Akhtar Muhammad Mansour and the election of the new leader". Voice of Jihad (Siaran akhbar). Emiriah Islam Afghanistan. 25 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2016. Dicapai pada 14 Jun 2016.
  4. ^ Deobandi Islam: The Religion of the Taliban. U.S. Navy Chaplain Corps, 15 Oktober 2001