Hikayat Faridah Hanom

Hikayat Faridah Hanom adalah novel hasil karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1925. Novel ini menggunakan kata 'hikayat' sebagaimana 'Hikayat Abdullah' atau 'Hikayat Inderputera'. Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi.

Novel ini menggambarkan percintaan muda-mudi yang terhalang seperti yang digambarkan dalam cerita liput lara Melayu. Pertemuan pasangan yang bercinta itu adalah secara biasa dab tiada lagi diselitkan unsur-unsur khayalan seperti mimpi.Percintaan dalam karya ini bukanlah percintaan antara seorang wira yang mencari seorang wanita yang diilhamkan oleh mimpi, ataupun yang ditemui dalam pengembaraan seperti yang terdapat dalam kebanyakkan hikayat, tetapi percintaan dalam Faridah Hanum mempunyai nilai intelektual… percintaan antara keduanya lebih merupakan sebagai panduan spritual hasil daripada cita- cita yang sama. Tema percintaan seumpama ini adalah tema percintaan yang baru dalam kesusasteraan Melayu pada waktu ini.

Hikayat Faridah Hanum menampilkan perkahwinan paksa antara Faridah Hanum dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Sebagai tanda protes terhadap amalan ini, pengarang mengambarkan perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tua itu tidak membahagiakan. Tema seumpama ini terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanom dan Salah Asuhan.


Novel ini mengangkat emansipasi wanita yang menampilkan watak Faridah Hanum seorang perempuan yang berpendidikan. Yahya Ismail (1963: 438) meletakkan Syed Sheikh Al-Hadi sebagai pelopor tema emansipasi wanita dalam novel di Malaysia. Melalui watak Faridah Hanum wanita tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki malah wajar berdikari. Namun begitu wanita juga disarankan supaya menjaga batas-batas pergaulan agar tidak terkeluar dari nilai dan normal masyarakat pada ketika itu.

Hikayat Faridah Hanum melukiskan persoalan ini:

Bermula, menyekat akan perempuan daripada pelajaran itu suatu dosa yang maha besar di atas kaum dan bangsa dan negeri yang akan diperiksa kelak oleh Tuhan dihadapan-Nya di padang mahsyar dan dibalasi-Nya dengan penjara neraka jahanam bagaimana laki-laki itu penjara sekalian perempuan-perempuan di dalam api dapurnya sahaja di dunia ini. (Hikayat Faridah Hanum, 1985: 136)

[1]

Rujukan sunting

  1. ^ [1]

Rujukan sunting