Himno de Riego adalah suatu lagu yang pernah digunakan dalam peringkat kebangsaan di Sepanyol semasa ia mengharungi zaman-zaman Republik Pertama (1873–1874) dan Kedua (1931-1939).

Irama agu ini digubah oleh José Melchor Gomis manakala seni kata lagu tersebut dikarang oleh Evaristo Fernández de San Miguel [es]. Ia dinamakan sempena Rafael del Riego, seorang kolonel dalam Tentera Sepanyol yang memimpin suatu pemberontakan menentang pemerintahan mutlak Raja Ferdinand VII lalu membentuk suatu pemerintahan rampasan kuasa yang baharu.

LirikSunting

Serenos alegres y, valientes y osados,
Cantemos, soldados, el diaada a la lid.
De nuestros acentos el orbe se admire
Y en nosotros mire los hijos del Cid.

Soldados, la patria nos llama a la lid.
Juremos por ella vencer o morir.

El mundo vio nunca, más noble osadía,
Ni vio nunca un día más grande el valor,
Que aquel, inflamados, nos vimos del fuego,
Excitar a Riego de Patria el amor.

Soldados, la patria nos llama a la lid.
Juremos por ella vencer o morir.

La trompa guerrera sus ecos al viento,
Horror al sediento, ya ruge el cañón.
A Marte sañudo la audacia provoca
Y el ingenio invoca de nuestra nacion.

Soldados, la patria nos llama a la lid.
Juremos por ella vencer o morir.
Terjemahan

[Kita] Tenang dan bahagia, berani dan gagah,
Para serdadu, mari kita nyanyikan lagu pertempuran.
Suara kita akan mencengangkan dunia,
anak-anak Cid akan melihat kita.

Para serdadu, tanah air memanggil kita untuk melawan.
Mari kita bersumpah padanya untuk menang atau mati.

Dunia tidak pernah melihat hal yang lebih mulia
mahupun hari di mana keberanian hebat ditunjukkan,
Bahawa kami membara menjadi api
yang semarakkan cinta tanah air kepada Riego.

Para serdadu, negara memanggil kita untuk melawan.
Mari kita bersumpah padanya untuk menang atau mati.

Suara sangkakala perang menggema langit;
Takutnya yang serakah dek ngauman meriam.
Kemurkaan Mars diungkitkan keberanian
Dan kecerdikan bangsa kita.

Para serdadu, negara memanggil kita untuk melawan.
Mari kita bersumpah padanya untuk menang atau mati.