Hitler Youth Badge

Hitler Youth Badge atau Lencana Belia Hitler ialah sejenis anugerah politik Jerman Nazi, dikurniakan untuk pelbagai darjah perkhidmatan kepada Belia Hitler. Lencana tersebut mula dizahirkan pada tahun 1929, dengan peraturan-peraturan formal untuk dikurniakan sebagai satu anugerah diformalkan pada tahun 1933.

25. Lilitan lengan Belia Hitler 26. Pingat Menembak Belia Hitler 27. Anugerah Belia Hitler 28. Pin buruh Belia Hitler 29. Plat tali pinggang Belia Hitler 30. Pin keahlian Belia Hitler 31. Pin acara Belia Hitler 32. Anugerah Belia Hitler 33. Lencana kemahiran Belia Hitler 34. Belibir bahu Belia Hitler berserta nombor unit

Terdapat tiga darjah Lencana Belia Hitler,[1] iaitu:

  • Lencana Belia Hitler
  • Lencana Emas Belia Hitler
  • Lencana Emas Belia Hitler berserta Daun Oak

Kebanyakan pemimpin dewasa Belia Hitler, khususnya yang menyandang pangkat Bannführer dan keatas, secara automatiknya dikurniakan Lencana Belia Hitler yang standard. Lencana tersebut juga sering diberikan kepada anggota SS yang mempunyai beberapa hubungan dengan Belia Hitler.

Satu darjah khas Lencana Belia Hitler, dikenali sebagai "Lencana Belia Hitler untuk Warga Asing Terhormat", telah diluluskan untuk dikurniakan kepada rakyat bukan Jerman yang mendapat manfaat dari matlamat Belia Hitler.

Penerima terkenalSunting

RujukanSunting

  1. ^ Lumsden, Robin (2001), Medals and Decorations of Hitler's Germany, The Crowood Press Ltd. ISBN 1-84037-178-1