Hospital Alor Gajah

Hospital Alor Gajah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Hospital ini mula beroperasi pada tahun 1906. Pada 2012, Hospital Alor Gajah ditukarkan ke bangunan baru di Jalan Paya Datuk.

Hospital Alor Gajah
Kerajaan
Hospital Alor Gajah di Melaka.
Hospital Alor Gajah yang terletak di Semenanjung Malaysia
Hospital Alor Gajah
Geografi
LokasiAlor Gajah, Melaka,  Malaysia
Koordinat2°23′46″N 102°12′03″E / 2.396046°N 102.200804°E / 2.396046; 102.200804Koordinat: 2°23′46″N 102°12′03″E / 2.396046°N 102.200804°E / 2.396046; 102.200804
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Alor Gajah


Pengenalan

sunting

Hospital Alor Gajah yang baru ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos RM110 juta. Majlis penyerahan projek Hospital Alor Gajah baru kepada KKM, turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KKM, Datuk KamarulZaman Md Isa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) Kementerian Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Husin; Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Zahar Atan dan Pengarah Shazalis Construction Utara (M)Sdn.Bhd., Datuk Mohd Ghazali Hashim. Turut hadir, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan (KKM) Dr. Saudah Mat Akhir; Timbalan Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan KKM dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Dul Hadi Mat Junid serta Pengarah Hospital Alor Gajah Melaka, Dr. Suraidah Karim.[1]

Keputusan membina hospital berkenaan bagi menggantikan hospital sedia ada yang telah uzur malah sudah berusia lebih 100 tahun. Projek pembinaan Hospital Alor Gajah yang baru ini bermula pada 5 September 2008 dengan kapasiti 78 unit katil selain dilengkapi pelbagai kemudahan rawatan seperti dewan bedah, dewan bersalin, unit rawatan kecemasan dan peralatan kemudahan perubatan yang canggih.

Hospital ini juga merupakan satu-satunya hospital dilengkapi pendingin hawa sehingga ke dalam wad wad Kelas 3 termasuk kemudahan kediaman bagi kakitangan hospital itu.

Pengarah Hospital Alor Gajah

sunting

Senarai Pengarah yang pernah berkhidmat di Hospital Alor Gajah

No. Nama Tempoh
Perkhidmatan
1 unknown ???? - ????
2 unknown ???? - ????
3 unknown ???? - ????
4 Dr. Suraidah Binti Karim 2008 - sekarang


Alamat

sunting

Hospital Alor Gajah
Jalan Paya Datuk
78000 Alor Gajah
Melaka Bandar Bersejarah,
Malaysia

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting